Searching...
Monday 23 April 2012
12:38 0

Hafiz Bakal Lancarkan Album Single Di Indonesia


PETALING JAYA – Penyanyi lagu Awan nano, Hafiz (AF) bakal melancarkan album single di Indonesia sebelum penghujung tahun ini.

Hafiz berkata, dia telah bekerjasama dengan komposer dari Indonesia, Andi Buyou disamping dua komposer tempatan terkenal iaitu LY & Baiduri.

“Alhamdulilah, impian untuk melancarkan karier muzik di Indonesia semakin menjadi nyata dan berharap semuanya akan berjalan dengan lancar,” ujarnya kepada mStar Online.

Hafiz berkata, untuk album single itu nanti akan memuatkan tiga buah lagu sebagai permulaan.

“Tengok dulu penerimaan peminat bagaimana dan selepas itu mungkin akan melancarkan album penuh pula,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hafiz berkata, buat masa ini dia tidak menerima sebarang tawaran lain kerana ingin fokus kepada Mania.

Ujar Hafiz, dia bertuah dapat bekerja dengan Ahmad dhani dan tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada.

“Bukan senang nak bekerjasama dengan orang yang berpengalaman luas dalam bidang muzik, jadi saya akan fokus untuk Mania sahaja buat masa ini,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...