Searching...
Saturday 14 April 2012
11:13 0

GP China: Schumacher terpantas



SCHUMACHER (gambar kecil) percaya jentera Mercedes GP mampu memberikan cabaran lebih kompetitif kepada pencabar utama mereka dalam perlumbaan F1 musim ini.


SHANGHAI – Juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher mencatat masa terpantas pada sesi latihan kedua perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) China semalam.
Pemandu Mercedes GP kelahiran Jerman itu mencatatkan masa satu minit 35.973 saat sepusingan bagi meninggalkan pelumba McLaren, Lewis Hamilton (1:36.145s) yang mengungguli sesi latihan pertama di Litar Antarabangsa Shanghai.
Pada tahun ketiga selepas kembali daripada persaraan, Schumacher, 43, masih gagal untuk bermula di petak hadapan atau menaiki podium.
Bagaimanapun, persembahan semalam memberi bayangan awal bahawa Schumacher bakal menguasai sesi kelayakan masa yang akan berlangsung hari ini.
“Sebagai satu pasukan, kami merupakan sebuah pasukan yang kuat daripada beberapa perkara musim ini.
“Bagaimanapun, kami masih perlu bekerja keras untuk terus memberikan saingan lebih kompetitif kepada pasukan pencabar lain.
“Kami akan terus mengkaji data-data yang diambil sebelum ini tetapi buat masa ini, kami cukup bersedia bagi menghadapi saingan kelayakan esok (hari ini),” kata Schumacher.
Sementara itu, dua pemandu Red Bull, Sebastian Vettel dan Mark Webber pula masing-masing merekodkan masa ketiga dan keempat terpantas dengan catatan 1:36.160s serta 1:36.433s.
Rakan sepasukan Schumacher, Nico Rosberg menduduki tempat kelima untuk meninggalkan seorang lagi pelumba McLaren, Jenson Button dan Kamui Kobayashi daripada pasukan Sauber.
Dua pemandu Force India, Paul di Resta dan Nico Hulkenberg serta Fernando Alonso daripada pasukan Ferrari melengkapkan senarai 10 pemandu terbaik. – Agensi

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...