Searching...
Saturday 28 April 2012
01:41 0

Google Memperkenalkan Permainan “Zerg Rush” Pada Enjin Carian Mereka

Google sering bereksperimen dengan pelbagai idea menarik. Dan kali ini, mengambil idea daripada permainan popular StarCraft, mereka memperkenalkan permainan khas melalui sokongan HTML5, dimana boleh diaktifkan oleh semua pengguna dengan menaip Zerg Rush pada kotak carian Google.




Melaluinya kelak, anda akan dipaparkan dengan hasil carian seperti biasa, dimana selepas beberapa saat, beberapa abjad “O” akan muncul dan memakan setiap hasil carian anda satu per satu. Anda walaubagaimanapun, boleh bertahan dengan membunuh setiap abjad “O” dengan mengklik atasnya, dan menyelamatkan hasil carian anda.

Akhir sekali, anda boleh berkongsi markah yang dikumpulkan oleh anda melalui Google+, disamping boleh membandingkan dengan rakan-rakan anda yang lain. Bagi mereka yang ingin cuba, boleh mulakannya dengan melakukan carian Zerg Rush sekarang.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...