Searching...
Wednesday 4 April 2012
02:18 0

Fakta Menarik Tentang Rokok.








Fakta Menarik Tentang Rokok.

Info menarik mengenai rokok buat tatapan anda.

Jumlah penduduk dunia – 6.5 billion.
Jumlah orang-orang Islam – 1.3 billion.
Jumlah perokok di dunia – 1.15 billion.
Jumlah Muslim yang merokok – lebih kurang 400 juta orang. (140 juta orang di Indonesia)

Pengeluar rokok terbesar di dunia – Phillip Morris.

Sumbangan Phillip Morris kepada Israel- 12% daripada keuntungan yang mereka perolehi (belum masuk sumbangan syarikat-syarikat lain). Jika seorang perokok Muslim menghabiskan satu bungkus rokok sehari, bererti mereka membakar 400 juta bungkus rokok sehari. Katakanlah harga sebungkus rokok sekitar US$ 1.00, bererti perbelanjaan umat Islam untuk rokok ialah US$ 400 juta sehari. Kalau 50% perokok Islam membeli produk Philip Morris, bererti mereka menghisap 200 juta bungkus rokok produk Philip Morris sehari (US$ 200 juta) Rata-rata keuntungan rokok produk Philip Morris – 10% untuk setiap bungkus.

Maksudnya Phillip Morris dapat UNTUNG BERSIH US$ 20 juta sehari daripada umat Islam sahaja. 12% untuk Israel.

Maka pada setiap hari perokok yang beragama Islam menghadiahkan kepada negara haram Israel sekitar US$ 2.4 juta. Setiap bulan Israel tersenyum memperolehi US 28.8 juta dari umat Islam yang merokok. Hampir US$ 300 juta setahun (tidak termasuk sumbangan dari syarikat-syarikat rokok lain).
Umat Islam yang merokok membakar US$ 400 juta sehari.

Sedarlah :

Perbelanjaan untuk mengurus dan memerdekakan Palestin khususnya Al-Aqsa memerlukan US$ 500 juta setahun. Dua hari umat Islam berhenti merokok dalam setahun, sudah cukup untuk Palestin. Tidakkah kita berasa apa-apa?. Itu belum kira lagi kesan merokok pada anda. Masih mahu merokok lagi?










0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...