Searching...
Tuesday 24 April 2012
22:47 0

Facebook Kini Mempunyai Lebih 901 Juta Pengguna Aktif






Dengan IPO yang semakin dekat, hari ini, pihak Facebook telah mengubah beberapa perkara pada dokumen mereka, sekaligus berkongsi beberapa statistik menarik berkaitan laman sosial terkemuka dunia itu bersama orang lain. Salah satu perkara menarik yang diketahui adalah dimana Facebook kini mengatakan mereka mempunyai lebih daripada 900 juta pengguna aktif pada laman sosial mereka.
900 juta merupakan salah satu angka yang besar, dan mungkin dalam tahun ini, mereka akan melangkaui angka 1 billion pengguna, mungkin dengan penambahan pengguna melalui perkhidmatan mereka, ataupun dengan membeli perkhidmatan luar, seperti Instagram sebelum ini.
Selain daripada itu, Facebook turut berkongsikan yang mana kini melalui perkhidmatan mereka, sebanyak lebih 300 juta gambar dimuat-naik setiap hari, dan lebih 3.2 billion Like dan komen diterima. Pengguna daripada peranti mudah-alih pula dilaporkan sebanyak 500 juta orang seluruh dunia.
Dari segi pendapatan, pada suku tahun pertama sahaja, Facebook telah menjana sebanyak $1.05 billion, serta turut diketahui mereka telah membayar Instagram sebanyak $300 juta dalam bentuk tunai, dan selebihnya dalam bentuk saham. Perkara ini mungkin menguntungkan pihak pembangun Instagram dan pelabur mereka sendiri, dimana mungkin harga saham yang dipegang oleh mereka meningkat naik apabila Facebook menjual sahamnya kepada umum, dijangka sekitar bulan hadapan.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...