Searching...
Tuesday 1 May 2012
12:58 0

Belajar Bahasa Malaysia Dengan Mudah Melalui Saluran Khas Di YouTube


Sebelum ini, kami telah berkongsi akan salah satu saluran khas yang berkongsi akan cara sebutan untuk perkataan-perkataan bahasa Inggeris. Jadi, bagaimana pula dengan bahasa Malaysia? Kini, SyedSyahrul, salah seorang yang aktif hasilkan kandungan di internet, turut menghasilkan sebuah saluran khas di YouTube, dinamakan sebagai Belajar Bahasa Melayu.
Melalui saluran tersebut, ia memaparkan pelbagai perkataan bahasa Malaysia, dan diikuti dengan sebutan untuknya sekali, membolehkan bukan sahaja pengguna tempatan mempelajarinya, tetapi pengguna antarabangsa turut sama boleh mempelajari cara sebutan untuk sesuatu perkataan bahasa Malaysia itu dengan mudah dan pantas.
Setiap klip juga adalah dalam lingkungan 6 saat, memudahkan anda untuk mengikutinya, selain turut dikongsikan dengan beberapa slanga mengikut negeri-negeri di Malaysia untuk sesetengah perkataan.
Jadi, bagi anda yang berminat, mungkin boleh melayari saluran YouTube – Belajar Bahasa Melayu, dan mengikuti serta mempelajari perkataan baru setiap hari.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...