Searching...
Thursday 19 April 2012
18:30 0

Badan macam belon ..kenapa??


Makan ketika betul -betul lapar dan berhenti sebelum kenyang itu sunah Nabi SAW tetapi berapa ramaikah yang mengamalkannya.Dulu-dulu kita hanya makan tiga kali sehari sarapan pagi ,makan tengahari dan makan malam.
Orang kita sekarang terlampau banyak makan kadang -kadang perut dah kenyang pun makan lagi.Kerana nak jaga hati kawan kononnya perut dah kenyang pun masih makan lagi.Sekarang kita makan bagai tiada had bangun pagi sarapan dulu kat rumah, kalau makan mesti nasi goreng atau nasi lemak.
Sampai kat pejabat minum lagi sama ada mee goreng ataupun roti canai.Masa tengahari makan lagi nasi campur ,nasi ayam dan kalau ada duit mewah sikit makan briyani kambing.Lepas Asar kena pulak teh tarik sama bubur kacang ,ada pula yang kena roti canai.
Lepas sembahyang maghrib makan pula nasi campur gulai lemak,ayam masak merah ataupun keluar makan lagilah banyak dia punya lauk.Relak tengok tv perkena pulak biskut dengan kopi o,kalau nak advanced buat cucur badak ke,jemput-jemput,Nak tidur kena pulak susu segelas,
Inilah rutinya hari-hari.Macamana badan tak macam belon.Makan apa aje tak kira banyak lemak,berkrim dan semuanya mempunyai kolestrol yang tinggi,Kesenangan dan kemewaha serta mudah membeli makanan membuat kita lupa yang kita ini perlu menjaga permakanan,Kemudahan restoran 24 jam memudahkan lagi kita melupakan tabiat pemakanan yang sihat,Mc Donalad,Restoran mamak sebut aje .
Nafsu dah menguasai diri kadang -kadang kita terlupa makan juga perlu ada peraturan dan tatacaranya.Aku pun kadang -kadang terlupa jugak.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...