Searching...
Thursday 26 April 2012
06:55 0

Babak 'Kangkang' Nicole Kidman Dalam Filem Terbarunya Ala Basic Instinct


BABAK 'kangkang' Sharon Stone di dalam filem Basic Instinct benar-benar mengejutkan semua pihak malah meletakkan beliau di dalam sejarah perfileman Hollywood.

Dan sekarang, Nicole Kidman nampak gayanya cuba merampas rekod 'kangkang' tersebut di dalam filem terbaru beliau The Paperboy. 

Pelakon berusia 44 tahun itu kelihatan hanya memakai baju yang begitu pendek dan duduk dalam keadaan mengangkang yang luas.

Dengan mulut yang luas, Nicole yang memakai kasut tinggi dan rambut yang mengembang, tunduk dengan gaya yang menggoda ke hadapan.
Ala Basic Instinct : Nicole Kidman mengangkang luas dengan bajunya yang begitu pendek hingga mendedahkan keseluruhan kakinya yang panjang.
MENGGODA : Nicole tidak lagi kelihatan seperti gadis Inggeris yang sopan dan lembut
SHARON STONE : Watak ikon di dalam filem Basic Instinct
Nicole Kidman kelihatan anggun
Pelakon tambahan lelaki, termasuklah Matthew MacConaughey, menjeling ke arah Nicole, manakala Zac Efron memadang ke hadapan. 

Seperti filem Basic Instinct, The Paperboy dikatakan sebuah filem 'explosive sexual thriller.'

Baju yang teramat pendek yang dipakainya jelas menampakkan keseluruhan kakinya yang panjang serta tali bra yang sedikit terkeluar.

Oleh itu, tidak hairanlah Efron menggambarkan babak cintanya dengan bintang dari Autralia itu sebagai salah satu kenangan terindah dalam hidupnya.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...