Searching...
Monday 2 April 2012
23:19 0

4 Perkara Yang Ariel Peterpan Mahu Lakukan Selepas Keluar Penjara



BERPELUANG bertemu mata dengan Ariel Peterpan secara langsung dalam satu lawatan media ke Bandung, Indonesia minggu lalu, banyak soalan yang media soalkan menerusi #TanyaAriel iaitu perkara yang ingin sekali Ariel lakukan sejurus selepas keluar dari penjara Bandung.

Ariel Peterpan menjawab soalan ini secara eksklusif kepada wartawan dan kalau dilihat kepada jawapan ringkas beliau ini, kita boleh tahu yang Ariel Peterpan merupakan seorang yang menghargai ahli keluarga dan juga teman teman rapat beliau.

Aku terlalu rindukan rumah aku sendiri. Katil aku & suasana sekeliling. Pastinya rumah adalah destinasi pertama aku pergi selepas keluar.

Teman teman aku memang tidak putus berikan sokongan selama aku di sini, maka bertemu mereka jadi satu kemestian selepas penjara.

Itu termasuklah teman teman perjuangan aku dalam Peterpan, mereka tidak sesekali terfikir untuk gantikan aku, dan ada juga rencana untuk album terbaru Peterpan nanti.

Paling penting buat aku, keluarga. Aku mahu berjumpa mereka yang selama aku di penjara masih setia di sisi. Aku kepingin habiskan masa yang banyak untuk mereka selepas ini.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...