Searching...
Thursday 22 March 2012
11:12 0

RM500,000 Taruhan Juara Program Realiti MANIA! 2012

PROGRAM realiti Mania yang membariskan penyanyi terkemuka tanah air ini membuka tirainya buat kali pertama pada hari Sabtu lalu. Konsert yang ditayangkan secara eksklusif di Astro Ria ini dihoskan oleh pengacara yang tidak asing lagi iaitu Aznil Haji Nawawi. Manakala, tiga orang pemuzik terkenal yang terdiri daripada Dato' M. Nasir, Aubrey Suwito dan pemuzik dari seberang, Ahmad Dhani bertanggungjawab sebagai pendidik dan produser kepada peserta-peserta Mania. Mereka akan memilih empat penyanyi di bawah bimbingan mereka dalam satu format pemilihan yang akan ditentukan nanti.

Seramai 12 artis yang terpilih menjadi peserta program Mania iaitu Stacy, Jaclyn Victor, Hafiz, Shila Amzah, Hazama, Atilia, Alyah, Akim, Adira, Estranged, Kristal dan Awi Rafael manakala 3 daripada 20 Artis yang dipilih melalui undian akan bersaing untuk mendapatkan 'HOT SEAT' Mania antaranya Idayu, Akma, Noni, Ebi, Shawal, Riz, Toi, Nadia, Aishah, Aril, Daus, Maulana, Azri, Kay, Lena, Erul, Fina, Chaq, Mohd dan Fiq sekaligus menjadikan peserta yang bertanding seramai 15 orang.
Setiap minggu, penyanyi ini akan bertanding melagukan setiap karya yang telah digubah susunan muziknya oleh ketiga-tiga penerbit ini selain lagu-lagu baru yang akan didendangkan.

Pemenang tempat pertama “Mania” akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM500,000 kedua RM200,000 dan ketiga RM100,000. Penerbit muzik atau ikon yang berjaya membawa ‘anak murid’ mereka bergelar juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM300,000.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...