Searching...
Friday 30 March 2012
13:03 0

Rahsia makanan manis untuk kesihatan





Makanan ringan sering dikaitkan dengan gaya hidup yang tidak sihat. Walau bagai manapun, jika dimakan dalam kuantiti yang sedikit, makanan manis boleh membantu melawan penyakit dan mengurangkan berat badan. Antara makanan manis yang dikenalpasti menyumbang kepada kesihatan adalah seperti:
1) Coklat
“Dark chocolate” mempunyai sukatan koko yang lebih banyak berbanding coklat biasa dan kandungan anti-oksidannya tinggi. Penyelidikan terkini yang diterbitkan oleh “European Heart Journal” menyatakan pengambilan coklat setiap hari dalam kuantiti yang berpatutan akan mengurangkan risiko mendapat serangan jantung atau angain ahmar sehingga 40%.
2) Gula-gula
Bagi penggemar gula-gula, penyelidik di Lousiana State University mendapati kumpulan yang makan gula-gula mempunyai indeks jisim badan dan lilitan pinggang yang lebih kecil berbanding kumpulan yang langsung tidak makan gula-gula. Harus diingatkan, mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang penting disamping pengambilan gula-gula dalam kuantiti yang sedikit.
3) Gula-gula getah
Menurut penyelidikan yang dilakukan di Coventry University, gula-gula getah dikatakan mampu meningkatkan  daya  kosentrasi. Ketika mengantuk atau terasa lesu, kunyahlah gula-gula getah.
4) “Pop corn”
Bertih jagung atau lebih dikenali sebagai “pop corn” mempunyai serat dan antioksidan. Ia boleh dijadikan snek ringan buat anda dan anak-anak semasa beristirahat atau waktu-waktu lain.











LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...