Searching...
Tuesday, 20 March 2012
22:02 0

3 Terbunuh dalam Serangan Bom di Gereja.


NIGERIA 12 Mac – Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh apabila seorang pengebom berani mati meletupkan kereta yang dipandu di luar sebuah gereja Katholik di tengah bandar ini semalam.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bantuan Kecemasan Kebangsaan, Yushau Shuaib berkata, tiga orang disahkan terbunuh, manakala beberapa yang lain cedera parah.

Katanya, lelaki terbabit memandu kereta yang membawa muatan bom ke arah gereja Katholik St. Finbar sebelum meletupkan kenderaan itu, menyebabkan pengebom terbabit terbunuh bersama tiga mangsa yang lain.

"Bom tersebut meletup sebelum dia tiba di gereja," katanya.

Penduduk tempatan, Mark Lipdo berkata, pihak keselamatan telah mengawal kawasan tersebut.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...