Searching...
Showing posts with label Kisah. Show all posts
Showing posts with label Kisah. Show all posts
Wednesday, 2 July 2014
08:47 0

KISAH BENAR: Video Perkahwinan Paling Sedih Jadi Viral, Ditonton 8 Juta



Kisah perkahwinan ini berjaya meruntunkan hati ramai setelah menonton video wedding ini. ini kisah benar perkahwinan Rowden and Leizl.

Pasangan berasal dari Filipina ini pada asalnya ingin berkahwin pada hari lahir Rowden yg ke 30. Namun takdir menentukan segalanya, Rowden disahkan menghidap penyakit cancer atau baraj tahap 4 iaitu paling kritikal.

Melihat keadaan yg semakin teruk dan tidak bermaya, Rowden memberi hasrat dan impian terakhirnya sebelum dia pergi untuk selama-lamanya. Rowden ingin berkahwin dengan Leizl dan berharap perkahwinan dipercepatkan.

Keadaan Rowden yg lemah, membuatkan family dan sahabat mengatur perkahwinan mereka dengan segera.

Rowden dan Leizl akhirnya disatukan dan berkahwin dengan keadaan yg agak meriah. Keadaan menjadi hiba apabila keluarga dan sahabat handai menangis hiba namun tetap gembira kerana perkahwinan itu menunaikan impian terakhir Rowden.

Rowden meninggal dunia 10 jam selepas berkahwin dengan Leizl.







Video dibawah:





 

Saturday, 28 June 2014
00:44 0

DUNIA Kisah sebenar di sebalik kisah gadis didakwa murtad

 

Dua hari lepas TikaqBuloh telah menerima kiriman email daripada seorang hamba Allah yg mendakwa sebagai seseorang yang cukup mengenali saudari Wahidah yg ceritanya murtad telah banyak disebarkan di laman sosial.

Dalam episod pertama TikaqBuloh juga telah memaparkan kisah ini. Untuk rujukan sila klik link di atas. Berikut ialah isi kandungan email yg TikaqBuloh terima daripada hamba Allah yang namanya terpaksa TikaqBuloh rahsiakan atas permintaan beliau. Diharap dapat memberi sedikit pencerahan kepada pembaca yg pernah mengikuti kisah ini.

As salam saudara TikaqBuloh,

Saya ingin memberikan sedikit pencerahan tentang gadis yg bernama Wahidah yg kisah murtadnya saudara blogkan...Sebenarnya, beliau telah disahkan mempunyai masalah mental..gadis ini memang sangat brilliant tetapi Allah mengujinya dan keluarganya dengan penyakit mental..Dia pernah diwadkan di Hospital Kangar selama beberapa bulan disebabkan oleh penyakit ini, oleh itu segala kata-katanya tidak boleh diambil serius.


Ingin saya katakan keluarganya memang mengalami tekanan disebabkan oleh masalah ini..Saya tahu tentang dirinya kerana saya adalah sepupunya.....


Mohon sebarkan pencerahan saya ini untuk mengelakkan fitnah.....Dan mohon rahsiakan identiti saya.....Jika saudara ingin bertanya lebih lanjut tentang perkara ini, sila hubungi saya ya...

Sama ada masalah mentalnya beransur pulih ataupun tidak agak susah untuk saya agak kerana dia perlu sentiasa mengambil ubat...Sekiranya dia lalai, masalah itu akan muncul kembali...

Setahu saya dia belum murtad sebab dia masih mendirikan solat apabila keadaannya okay... Wallahualam...

Sekian...

Wassalam...

Admin hanya menyampaikan amanah yg telah diberikan kepada admin untuk membuat sedikit pencerahan tentang kisah saudari Wahidah yang didakwa ramai orang telah murtad. Kepada sesiapa yg membaca dan kebetulan mengenali Wahidah silalah email tikaqbuloh. Bagi admin ini ialah isu besar kerana melibatkan agama.


 

Tuesday, 24 June 2014
07:48 0

MENARIK SILA SEBARKAN: Kisah Sebenar Puan Lola & Adik OKU




Seorang lelaki bernama Kamal Zawar telah datang menziarahi adik remaja OKU

iaitu Firdaus Dullah yg dijumpai dalam keadaan yg sungguh kasihan. Lelaki

ini sempat berborak dengan seorang wanita bernama Puan Nor yg pernah men-

jaga adik Firdaus.



Memang amat terperanjat dengan pendedahan yg dibuat dan Kamal terus 

membuat status di FBnya. Sememangnya inilah penjelasan yg patut diberitahu 

masyarakat.



Jom baca penjelasan sebenar dari bekas penjaga:



Kisah benar Puan Lola & Adik OKU : Muhammad Firdaus Dullah 

~~~~~~~ sumber dari : FB Kamal Zawar~~~~~



Bismillah. Alhamdulillah, petang tadi saya dan isteri, Siti Salwa diberi keizinan 

Allah untuk melawat adikMuhammad Firdaus Dullah di Hospital Tuaku Jaafar, 

Seremban..



Pertamanya, saya mohon maaf jika post ini panjang, harap anda dapat

bersabar dan baca kerana intipatinya adalah penting dan harap dapat di"share"

kepada sesiapapun yg andajumpa diluar mahupun Facebook friends list anda.



Adik OKU ini terkenal akibat berita yang tersebar luas konnonnya dia "dikurung" 

oleh ibunya dirumah sehingga kurus kering. Dan akibat fitnah yg berleluasa tentang 

betapa "zalim"nya si ibu itu,



saya rasa bertanggungjawab untuk menceritakan hal sebenar kepada kalian 

semua agar kalian dapat membetulkan semula persepsi anda dan tidak termakan

fitnah yg telah anda baca baik daripada akhbar, TV mahupun post di Facebook.



Dan sepertimana post saya yg terdahulu, para keyboard warrior dan generasi 

"mohon share" bertungkus lumus untuk memaki dan menghina ibunya atas

"perbuatan" tidak berhatiperut oleh ibu adik Firdaus, Puan Lola.



Facebook ibu adik Firdaus dijejaki dan digelar iblis, syaitan, kejam dan sebagainya

sedarlah wahai rakan sekalian, ini tidak lain hanyalah fitnah yg amat tidak 

bertanggungjawab para pemberita, generasi "mohon share" dan keyboard warrior

terhadap ibunya...




Ketika berada di Wad, saya turut berpeluang untuk bercakap dengan Kak Nor

( Dalam gambar di bawah, yg sedang memeluk Firdaus ) yang merupakan jiran,

bekas penjaga adik Firdaus,dan juga sahabat baik Puan Lola.



Menurut Kak Nor, Puan Lola amat menyayangi Firdaus walhal tidak pernah 

sekalipun dimarah apatah lagi dijentiknya Firdaus...Walhal, keprihalan Firdaus 

diketahui oleh jiran sekeliling Flat tempat tinggal mereka kerana semasa Kak Nor

masih lagi menjaga Firdaus, dia selalu dibawa main bersama kanak-kanak lain

 di perumahan tersebut.



Dan Kak Nor telah menjaga  Firdaus sejak dia berumur 4 tahun lagi. Namun 

begitu,akibat urusan yang tidak dapat dielakkan Kak Nor berpindah ke 

Gemencheh..



Akibat ini, tiada lagi siapa yang sanggup menjaga dan membela Firdaus semasa

ketiadaanPuan Lola ke tempat kerja.



Dan disinilah bermula kisah dimana Puan Lola terpaksa meninggalkan Firdaus 

berseorangan dirumah akibat terpaksa bekerja menampung belanja keluarga. 

Dia bekerja di KLIA dan gajinya hanyalah sedikit yang amat sangat. 



Anak kedua Puan Lola yang berumur 6 tahun ( Turut berada di hospital dalam 

wad yang sama kerana Puan Lola ditahan ) menpunyai kondisi "Hyperactive".

Puan Lola juga diberikan ujian kesihatan dan beliau sendiri sakit..

Masya Allah besar ujian keluarga ini.



Puan Lola menanggung perbelanjaan sewa rumah, perbelanjaan motor perubatan,

menghantar wang kepada ibu bapanya di Sabah dan macam2 lagi dan akibat ke-

payahan ini, mereka hidup sekangkang kera sebagai mana anda boleh lihat dalam

rumahnya yang kosong.




Untuk menambah pendapatan, Puan Lola mencari dan menjual tin kosong dan

juga kotak-kotak... Masya Allah.



Dan jika kita persoalkan mengapa hanya diberi pakaian reput kepada Firdaus, 

"mak dia tak mampu ke nak beli baju RM5 sekalipun ?" Jawapannya senang, ya

mereka teramat miskin hingga hendak beli baju baru pun tidak mampu.



Untuk menguatkan lagi pendapat kami terhadap Puan Lola, kebetulan datang 

dalam wad tadi bersama saya adalah seorang lelaki yang merupakan ahli NGO 

kawasan perumahan Puan Lola sekeluarga. 



Beliau pernah bekerja denga Puan Lola selama 6 tahun di KLIA dan beliau turut 

mengatakan bahawa apa yang masyarakat perkatakan terhadap Puan Lola adalah 

salah sama sekali.



Beliau seorang yang lemah lembut, rajin dan selalu kerja "overtime" untuk 

mencari duit lebih bagi menampung keluarga.



Situasi kini adalah Kak Nor menjaga Firdaus dan adiknya di Wad kanak-kanak

tersebut jika berkesempatan dan beliau tanpa meminta sesen pun berulang alik 

dari Gemencheh ke Seremban untuk menjaga adik



Firdaus. Sepanjang saya di Wad tadi, adik Firdaus kerap kali memanggil 

"Mak..." "Makk..." sambil memeluk Kak Nor yang masih lagi diingatinya.



Kembalikanlah Puan Lola kepada Firdaus yang mana beliau kini ditahan untuk 

direkodkan keterangan.... Moga Allah pertemukan mereka semula dengan secepat

mungkin, insya Allah.




Sehubungan itu kami semua yang hadir petang tadi dalam Wad itu sepakat

bersama ingin membetulkan persepsi yang salah yang digambarkan oleh media 

massa, generasi "mohon share" dan juga keyboard warrior terhadap keluarga 

Puan Lola.Moga Allah dapat permudahkan urusan mereka dan kita semua, 

insya Allah.



Tidak percaya dengan apa saya tulis nih ? Pergi lawat sendiri adik Firdaus di 

Wad Kanak-KanakHospital Seremban. Tiada satu pun calar atau parut dera 

pada adik Firdaus, yang ada hanyalah kesan kasih sayang ibu yang bersusah

payah menjaga si adik meskipun ibunya sakit dan tidak mampu...



###########



Kesimpulan yang boleh dibuat adalah :

1 ) Kita seharusnya malu dan harus rasa bersalah terhadap Puan Lola atas 

Fitnah dan tohmahan yang disebarkan. Mohon maaf kepada ibu adik Firdaus jika 

berkesempatan.



Kita harus ingat, jika orang kutuk mak kita kita mesti akan marah bukan main 

lagi dan akan membalas perbuatan terkutuk tu betul tak ? Bayangkan anda telah

mencaci ibu kepada adik Firdaus yang OKU yang tidak mampu untuk marah atau 

membalas perbuatan anda terhadap ibunya.. Anda patut malu dengan diri anda 

dan segeralah bertaubat.



2 ) Kita tidak boleh menuduh melulu tanpa membuat siasatan terperinci terhadap

sesuatu perkara. Silap langkah maka ianya menjadi Fitnah. Ingatlah Fitnah itu 

dosanya lebih besar dari membunuh Mampukah anda tanggung dosa itu 

diakhirat kelak ? Wallahualam.



3 ) Tanamkan sikap membantu kepada orang yang susah, jangan tunggu NGO

ataupun orang datang kutip derma baru nak tolong. Cari dan berkawanlah 

dengan orang yang miskin dan susah. RM1 bagi anda mungkin sedikit, namun 

bagi mereka ianya tidak ternilai... Besedekahlah sentiasa, meskipun harta di-

dunia kurang, harta dan pahal diakhirat berkali ganda Allah akan balas.



4 ) Apa kata kita buat satu derma kilat, kumpul duit untuk rawatan dan belanja 

Puan Lola, Adik Firdaus dan adiknya yang berusia 6 tahun tu. Kalau rumah anda 

ada kipas, kerusi ataupun meja baju lebih ke, kumpul dan derma kepada mereka

Kan lagi bagus macam tu. Marilah besedekah kerana semua ini amalan yang 

digalakkan agama Tak rugi pun kita, lagi untung ada



5 ) Tolong share post ini. Ada pepatah mengatakan "Lying is bad, but hiding the

 truth is even worse". Sebagai seorang yang bertanggungjawab, kongsikan post ini

 kepada semua supaya kebenaran diketahui umum. Insya Allah hanya Allah dapat 

 membalas jasa anda.Walahualam.




Sekian, Muhammad Kamal Zawar [sumber]




Puan Nora Memeluk Erat Firdaus




 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...