Pertama sekali admin ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua pembaca muslimin dan muslimat. Sudah pasti ramai orang yang menjadikan bulan Ramadhan yg penuh barakah ini sebagai bulan untuk berdiet serta mengurangkan berat badan. Namun, adakah taktik dan teknik yg anda guna itu betul atau sebaliknya? Ikuti beberapa langkah untuk turun berat badan di bawah ini
Berikut saya kongsikan beberapa tips ringkas yg boleh anda amalkan untuk mengurangkan berat badan ketika berpuasa :
· Sahur dengan komposisi nutrien dan protein yg lengkap
· Kurangkan pengambilan makanan yg tinggi kandungan gula, minyak serta lemak. Makanan ini mengandungi tinggi kalori. Jika anda tidak dapat menahan diri daripada mengambil makanan ini, ambillah dalam kuantiti yang sedikit.
· Hadkan pengambilan air manis seperti air sirap atau kordial. Utamakan pengambilan air kosong dan jus buah-buahan yg tidak ditambah gula. Susu rendah lemak juga merupakan pilihan minuman yang baik.
· Beri perhatian pada saiz hidangan anda. Kebiasaannya, kita akan makan dengan banyak apabila terlalu lapar. Oleh itu sentiasa ingat untuk mengekalkan saiz hidangan yg kecil, walaupun mengambil makanan yg rendah lemak.
· Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan ini bukan sahaja mengenyangkan, malah boleh meningkatkan pengambilan serat harian anda.
· Jangan lupa untuk melakukan senaman ringkas. Berpuasa bukan alasan untuk anda tidak melakukan senaman. Senaman ringkas jer contohnya berjalan, memasak, jalan-jalan cari baju raya pun kira exercise juga :)
0 comments:
Post a Comment