TIGA pelajar perempuan berusia 16 tahun yang popular dengan video samseng kak yong yg terbabit dalam kes gaduh di sebuah sekolah di Kota Samarahan keluar dari Mahkamah Majistret Kota Samarahan, hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan mencederakan dan melakukan ugutan kepada salah seorang pelajar lain di sekolah berkenaan.
Tiga pelajar perempuan berusia 16 tahun yg terbabit dalam video 'budak pailang' mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kota Samarahan di sini, atas tuduhan melakukan ugutan jenayah dan mendatangkan kecederaan kepada seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Hajah Laila Taib April lalu.
Pelajar terbabit mengaku bersalah di depan Majistret Zulhairil Sulaiman dan hukuman akan ditetapkan 11 Julai ini selepas meneliti laporan akhlak tertuduh. Seorang tertuduh dikenakan dua pertuduhan mencederakan dan melakukan ugutan jenayah, manakala dua yg lain dituduh atas kesalahan menyebabkan kecederaan kepada mangsa.
Tertuduh yg hadir ditemani ibu bapa masing-masing dibebaskan dengan jaminan RM5,000 setiap seorang dan dikehendaki melaporkan diri di balai polis setiap minggu.
Pendakwaan dibacakan Timbalan Pendakwaraya Nur Nisla Abd Latif manakala tertiduh tidak diwakili peguam. Video tertuduh membelasah mangsa dimuatnaik di Youtube dan menjadi viral di laman sosial.
0 comments:
Post a Comment