Tahun ini saja, beberapa kontroversi silih berganti yg mengaitkan namanya. Awal bulan lalu Julia Ziegler menjadi bualan hangat ramai ekoran isu kononnya dia minum hingga mabuk di Sydney Australia.
Kemudian timbul pula dakwaan pelakon berdarah campuran Jerman-Amerika (sebelah ayah) dan Melayu-Jawa (sebelah ibu) ini dikatakan bersikap biadap dan sombong terhadap tuan rumah semasa menjalani sebuah pengambaran drama, sekitar beberapa minggu lalu.
Terbaru timbul gosip, Julia katanya telah tidur dengan seorang lelaki bergelar produser demi mendapatkan tawaran dalam drama terbitan produksi lelaki berkenaan. Sikit masa dulu aktres berusia 30 tahun ini pernah juga dihimpit dengan kontroversi sebegini, namun isu tersebut lama-kelamaan hilang begitu saja.
Tidak terkejut dengan tuduhan yang timbul itu, Julia sebaliknya menyifatkan isu tersebut sebagai satu lagi fitnah yg dilemparkan terhadap dirinya.
"Saya akui saya memang berkawan rapat dengan dua orang produser tetapi kedua-dua mereka perempuan dan bertudung pula tu. Buat apa pula saya nak tidur dengan mereka? Lagipun cerita sebigini pernah timbul semasa saya mula-mula berlakon dulu. Apa yg di dakwa itu fitnah.
"Kalau saya kenal seseorang produser lelaki itu, saya akan kenal sekali isteri serta anak-anaknya
"Saya tak perlu tidur dengan sesiapa untuk dapatkan job atau apa saja tawaran berlakon. Rezeki tu bukan datang daripada mereka pun, rezeki datang dari Allah. Kalau saya dapat satu satu job tu, Alhamdulillah. Kalau tidak, bermakna ia bukanlah rezeki saya", jawabnya dengan nada tegas ketika ditemui di kompleks kraft Kuala Lumpur, semalam.
Sebagai artis Julia berkata dia akur dengan lumrah dan asam garam bergelar seorang selebriti yang sentiasa akan dilemparkan dengan pelbagai cerita sama ada cerita baik ataupun cerita kontrovesi. Sudah lali dengan gosip dan kontroversi, justeru dia tidak terlalu ambil pusing dengan hal itu.
"Memang beginilah cabaran yang perlu kami hadapi sebagai artis. Dalam dunia ni pun setiap orang pasti ada yang disukai dan ada yang tak disukai. Kalau kita buat baik macam mana sekalipun, kalau dah orang tak suka kita, orang tetap ingat kita ada niat lain.
"Allhamdulillah, rezeki saya tak putus. Tapi tak dinafi tahun ni banyak pula kontroversi yang mengaitkan saya. Lepas satu.. satu. Mungkin ada orang yang kurang senang sebab melihat hidup saya lebih baik daripada mereka. Tapi tak mengapalah. Paling penting saya bahagia dengan hidup saya dan keluarga kenal siapa saya. Itu sudah cukup.
"Saya pun tak perlu nak ambil tindakan apa-apa terhadap mereka ini kerana saya percaya akan karma. Saya percaya setiap perbuatan itu ada balasannya. Balasan Tuhan itu lebih besar, jadi saya taak perlu berbuat apa-apa", katanya yang turut memberitahu sentiasa mengamalkan berfikiran positif meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran.
Sementara mengenai perkembangan seni pula, Julia kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri arahan Erma Fatima berjudul 'Janda Muslimah'. Selain itu dia bakal menjalani sebuah lagi drama untuk terbitan RTM.
Julia bakal muncul dalam telemovie berjudul 'Syampoo Girl'. Dalam drama tersebut dia memegang watak sebagai seorang pengusaha salon tetapi dalam dia dia sebenarnya menyeludup dan mengedar dadah.
0 comments:
Post a Comment