Mahathir bimbang tembelangnya bocor
SHAH ALAM 12 Julai: Tun Dr Mahathir Mohamad melarikan wang rakyat Selangor ke Langkawi ketika menjadi Perdana Menteri.
Perkara itu didedahkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
“Semasa Mahathir jadi Perdana Menteri, duit pembayar cukai rakyat Selangor (yang dilarikan) ke Langkawi adalah paling tinggi, tapi perkara itu tidak pernah dibincangkan.
“Dulu wakil dalam sidang DUN tidak berani nyatakan perkara tersebut,” kata Adun Ijok itu menjawab pertanyaan Adun Meru, Abd Rani Osman berkenaan pembayaran cukai rakyat Selangor kepada Kerajaan Pusat.
Khalid berkata, sejak memegang tampuk pimpinan negeri itu pada 2008, beliau tidak akan membenarkan duit pembayar cukai Selangor ‘dikebas’ begitu sahaja.
“Sekarang saya berani untuk bertemu Kerajaan Pusat bagi membincangkan perkara tersebut kerana melibatkan duit rakyat. Saya akan carikan keadilan bagi mereka.
“Walaupun setiap tahun Kerajaan Pusat tidak pernah keluarkan pernyataan terperinci, namun kita boleh anggarkan jumlah pembayaran cukai rakyat Selangor melalui gaji perkapita dan pendapatan bulanan mereka,” jelas Khalid
0 comments:
Post a Comment