Searching...
Monday, 11 June 2012
17:37 0

Usul tergempar isu jual rahsia negara ditolak.. apa yang Najib cuba sembunyikan dari rakyat sebenarnya?




Bagai yang telah dijangkakan usul tergempar yang dibawa oleh Nurul Izzah untuk membahaskan tentang penjualan dokumen sulit TLDM dalam kes Scandal Scorpene hari ini telah ditolak oleh Speaker.

Usul berkenaan boleh di baca di ( SINI )

Alasannya beliau tidak nampak mana dokumen itu dan hal ini pula hanya dinyatakan oleh Peguam SUARAM.

"Di mana dokumen itu? Hal ini hanya dikata peguam SUARAM." kata Speaker.

Tindakan Speaker ini membuatkan semakin ramai rakyat Malaysia tertanya-tanya kenapakah isu yang membabitkan keselamatan dan kedaulatan negara ini ditolak begitu sahaja.

Apa yang Kerajaan yang dikepalai oleh Najib mahu sorokkan dari rakyat?

Jika tiada apa yang mahu disorokkan sewajarnya ianya dibahaskan kerana isu ini amat penting buat negara kerana ianya melibatkan keselamatan negara.

Penolakan ini juga sebenarnya membuktikan kepada kita semua.. bagi pemimpin-pemimpin UMNO apa saja yang melibatkan dan bakal menyusahkan mereka ianya perlu disembunyikan.. hatta melibatkan keselamatan negara sekalipun...

Bukankah pepatah ada mengatakan.. berani kerana benar.. takut kerana salah.. kenapa Najib takut agaknya jika isu ini dibahaskan?

Usul tergempar isu jual rahsia negara ditolak





Azmin Ali dan Mahfuz bersama pesara tentera yang menyokong usul ini dibahaskan


Usul tergempar supaya Kementerian Pertahanan menjawab dakwaan penjualan dokumen rahsia berkaitan kapal selam Scorpene kepada syarikat pertahanan Perancis ditolak.

Speaker Dewan Rakyat menolak usul yang difailkan anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pada Khamis lalu yang dibuat bawah Perintah Tetap 18(11).

Peguam Perancis Joseph Breham, yang mewakili NGO hak asasi manusia Suaram sebelum ini mendakwa, syarikat berkenaan membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, untuk kerja-kerja "kejuruteraan komersial".

Breham berkata hakim siasatan Perancis yang menyiasat kes yang difailkan terhadap syarikat pembuat kapal Perancis DCNS, atas dakwaan rasuah, mahu tahu tujuan bayaran itu dan meminta laporan transaksi kewangan daripadanya - Malaysiakini

Baca juga laporan-laporan polis yang dibuat oleh rakyat yang cintakan kedaulatan negara dari beberapa buah negeri di SINI



0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...