Kalau tadi korang sudah baca dan lihat apa yang akan terjadi kepada Najib bila media berada diluar kawalannya, kali ini korang akan melihat pula apa yang akan terjadi bila media berada didalam kawalan Najib.
Oleh kerana tidak tertakluk kepada titah perintah Najib, sebuah media cetak yang diterbitkan di Hong Kong telah menyarkan laporan tentang Scandal Scorpene yang melibatkan Najib - sila baca di ( SINI )
Ini pula adalah laporan yang mengatakan pihak Astro Awani telah bertindak memotong slot yang menunjukkan Moderator telah melontarkan cabaran buat Najib supaya berdebat dengan Anwar.
Sudah tentu pihak mereka telah menerima tekanan dari pihak UMNO untuk menggelapkannya pada siaran ulangan...
Kenapa nak potong? takut rakyat tahu bahawa Najib itu penakut ke?
Tapi ianya sudah terlambat, kerana dah ramai yang upload di laman You Tube.. ( SINI )
Slot yang telah dipotong itu boleh dilihat diakhir laporan...
Awani potong cabaran debat Najib-Anwar
KUALA LUMPUR: Astro Awani dalam siaran ulangannya semalam, memotong bahagian moderator Dr Maszlee Malik yang mencabar debat antara Datuk Seri Najib Razak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim diadakan segera.
Malam semalam, stesen berbayar itu menyiarkan secara langsung debat PTPTN anjuran Sinar Harian antara Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dengan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang dikendalikan Dr Maszlee Malik sebagai perantara.
Menariknya, dalam debat itu moderator secara terbuka mencabar perdana menteri dan ketua pembangkang berdebat sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Tindakan itu sekaligus menghangatkan semula politik tanah air apabila cadangan debat itu sebenarnya pernah dibuat sendiri oleh Anwar sejak tahun lalu, namun tidak dilayan oleh Najib sehingga isu itu tenggelam begitu sahaja.
Namun dengan cadangan terbaru Maszlee dalam forum yang dipancar secara langsung di televisyen swasta itu, membuka semula isu tersebut untuk diperdebat rakyat.
Di Facebook, Twitter, blog sibuk memperkatakan perkara itu dan mahu Najib menerima cadangan untuk berdebat dengan Anwar yang telah lama dinanti-nanti oleh rakyat.
Di Youtube pula, rakaman cabaran debat yang diajukan oleh moderator itu juga turut dimuat naik.
Bagaimanapun Astro didakwa memotong bahagian cabaran debat itu pada siaran ulangannya semalam.
Harakahdaily diberitahu, sebaik sahaja selesai debat itu, beberapa pemimpin Umno yang turut hadir telah menyerang pihak Astro kerana menyiarkan cabaran Dr Maszlee itu secara langsung - harakahdaily
0 comments:
Post a Comment