PEJABAT AMBIGA DIPECAH MASUK? BAGUSLAH, ITULAH NAMANYA KEBEBASAN!!!
Terbaca twitter Nga Kor Ming tadi yang bukan main lagi menghentam UMNO kerana demonstrasi punggung, jualan burger dan pejabat Ambiga dipecah masuk. Aneh juga, memandangkan orang yang sama begitu mengagungkan budaya mekanggar undang-undang dan peraturan malah melabelkan polis sebagai ANJING UMNO yang perlu dihapuskan sepenuhnya.
Mengapa tiba-tiba sahaja kejadian yang menimpa Ambiga secara tiba-tiba telah menukarkan persepsi dan pendirian mereka tentang pematuhan dan keakuran terhadap undang-undang negara?
Bukankah mereka yang sangat berbangga kerana berjaya melanggar arahan mahkamah majistret yang tidak membenarkan perhimpunan haram di Dataran Merdeka? Bukankah golongan yang sama menggalakkan rakyat berbuat sekehendak hati dan tidak mempedulikan segala undang-undang negara yang dikatakan telah digubal oleh UMNO?
Jadi berdasarkan kepada SEMANGAT KEBEBASAN dan ANTI UNDANG-UNDANG GUBALAN UMNO, jadah apa pula nak dihingarkan bila pejabat Ambiga dipecah masuk? Jadah apa pula bising-bising tentang gangguan terhadap ketenteraman Ambiga Sreevanasan?
Sepatutnya mereka gembira kerana praktis kebebasan telah dihayati dan diamalkan oleh segelintir manusia yang berani melakukannya dengan memecah masuk ke pejabat Ambiga!!!
0 comments:
Post a Comment