Beberapa hari yang alu blog ini ada menyiarkan mengenai tulisan seorang artis bernama Haire Othman yang membidas kenyataan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menganggap tindakan segelintir bekas pegawai kerajaan dan selebriti menyertai Pas konon untuk berdakwah, sebenarnya hanya untuk berpolitik.
Haire di dalam facebooknya menempelak Tok Pa dengan menyatakan jika artis berkempen atau menyertai UMNO tidak pula dijadikan isu dan menanya mengapa para artis tidak boleh berbeza pendapat dengan pihak kerajaan serta mesti ikut mereka seperti lembu.
Tindakan Haire itu walau bagaimanapun tidak disenangi oleh golongan pencacai UMNO yang bernama "Adi Isa" yang menulis seperti berikut:
Artis itu sangka PAS itu agama seperti kepercayaan ahliahli PAS, rupanya politik
Namun tulisan Adi Isa berkenaan dilibas segera oleh Haire Othman dengan menyatakan beliau tidaklah jahil sangat untuk menganggap PAS itu agama, tetapi beliau menyatakan dengan tegas bahawa sekurang-kurangnya beliau tahu membezakan yang mana lebih memeperjuangkan hukum agama Islam.
Adi Isa akhirnya terkedu dengan libasan artis berkenaan, disangkanya Haire sejahil dan sejahat dirinya untuk memburukkan PAS dengan menganggap PAS itu agama, masuk PAS masuk syurga.
Seperti yang GB katakan sebelum ini bahawa banyak pihak melihat kenyataan Tok Pa berkenaan menyerlahkan keadaan UMNO kini sedang tertekan dengan sikap beberapa orang bekas pegawai kerajaan dan artis/selebriti yang telah mengambil keputusan untuk menyertai PAS.
Dan Haire merupakan salah seorang artis yang tidak mahu diperlembukan UMNO! Semoga Allah beri kekuatan dan kecekalan kepada artis ini...
tindakan susulan adalah mana-mana artis sertai pembangkang tidak dibenarkan disiarkan segala lakonannya...heheheheheheheheheehhehehehehehehehehehehehheheheh!!POLITIK OH POLITIK!!bilalah kau akan berakhir
ReplyDelete