Kanak-Kanak Maut Terjatuh Dari Pangsapuri
GEORGE TOWN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut apabila terjatuh dari tingkat satu, Pangsapuri Desa Mawar, Farlim di Ayer Itam di sini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata dalam kejadian pada 6 petang semalam, V. Kavin Raj dikatakan bermain bersendirian di beranda berhampiran tangga pangsapuri itu sebelum tergelincir lalu terjatuh.
“Sebelum insiden berlaku, mangsa bergurau dengan kakaknya dengan berjalan menaiki tangga secara mengundur apabila diminta pulang ke rumah mereka yang terletak di tingkat tiga,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Zahari Noor berkata pihaknya menerima mayat mangsa hampir dua jam selepas kejadian.
Beliau berkata berdasarkan keputusan bedah siasat, Kavin Raj meninggal dunia akibat hentakan kuat di kepalanya dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
0 comments:
Post a Comment