Searching...
Sunday, 13 May 2012
16:46 0

Bekas Suami Krisdayanti Kahwin Lagi - Anang & Ashanty Sah Bergelar Suami Isteri


JAKARTA – Selepas melalui proses persiapan yang panjang, penyanyi dan komposer Anang Hermansyah dan Ashanty akhirnya sah bergelar pasangan suami isteri.

Dengan sekali lafaz, bekas suami kepada penyanyi Krisdayanti itu bernikah dengan Ashanty di Masjid Albina, Senayan di sini pada petang Sabtu. Majlis akad nikah itu disaksikan keluarga kedua belah pihak.

Bapa kepada Aurel dan Azriel itu menyunting Ashanty dengan mas kawin berupa sepersalinan pakaian solat, dua set perhiasan dan wang hantaran yang hanya sebanyak RM4.187 (Rp12.512), melambangkan hari jadi mereka.

“Dia (Ashanty) sekarang sah menjadi isteriku,” ujar Anang dalam nada bahagia sebelum memeluk dan mencium Ashanty di hadapan media. - kapanlagi

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...