Searching...
Sunday, 29 April 2012
16:45 0

A Rahman, Hail Amir gembira undangan Kelantan




KOTA BHARU, 29 April - Artis terkenal zaman 60-an dan 70-an, Datuk A. Rahman Hassan dan Hail Amir melahirkan rasa gembira kerana diundang untuk membuat persembahan di negeri ini.

Hail Amir atau nama sebenarnya Abdul Hail Amir, ketika ditemui malam tadi melahirkan rasa terkejut dan terharu kerana diundang oleh kerajaan negeri untuk membuat persembahan.

Hail yang terkenal dengan lagu duetnya bersama Uji Rashid ‘Hujan Oh Hujan’ juga tidak pernah menduga masih ramai yang meminati beliau.
“Kebetulan malam ni hujan, namun mereka tetap setia tidak berganjak untuk mengikuti persembahan kami.

“Pada masa yang sama, katanya pengiring band Kelab Suara Muda begitu teratur dapat bermain alat muzik dengan baik, syukur,” ujar anak kelahiran Pulau Mutiara itu.

A Rahman Hassan, ketika ditemui mengakui kali pertama menerima undangan kerajaan negeri Kelantan dalam tempoh 22 tahun, walaupun sering hadir untuk membuat pesembahan di negeri ini.

Katanya, beliau sering mendapat undangan menyanyi anjuran badan-badan NGO, kelab dan sebagainya, namun ini kali pertama undangan khas dari kerajaan negeri.

“Saya memang rasa terharulah, terima kasih banyaklah kerana sudi mengundang saya,” ujarnya.

Beliau mendendangkan empat buah lagu, antaranya Kerana Fitnah, Hanya Untukmu dan Tak Mengapa lagu hitsnya.

Hail juga mendendangkan empat buah lagi antaranya Kau Datang Lagi,  Inginku Milik Kasih, sebuah lagu Kumpulan Flybeats ‘Kenangan Lalu’ dan sebuah lagu joget ‘Ketipak ketipung’.

Program berkenaan dianjurkan  sempena Karnival Kebudayaan Kelantan yang diadakan sempena Tahun Melawat Kelantan TMK@2012 .

Selain jemputan khas, turut membuat persembahan artis tempatan termasuk Azman Mohd Daham.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...