Searching...
Friday, 13 April 2012
00:24 0

Besraya Tutup Sementara Jalan Shamelin





KUALA LUMPUR – Besraya (M) Sdn. Bhd. (Besraya) akan membuat penutupan sementara lorong dan lencongan trafik di Jalan Shamelin 1/91 arah Jalan Cheras pada 12 dan 13 April ini.

Besraya melalui satu kenyataan media memberitahu, penutupan di CH. 3620 sehingga CH. 4295 itu bertujuan memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan BR 7 untuk Projek Sambungan Lebuhraya Sungai Besi.

“Waktu lencongan penutupan trafik ini dijangka bermula pukul 12 malam hingga 5 pagi. Lencongan penutupan trafik sementara ini dikenakan ke atas semua jenis kenderaan pada waktu seperti yang dinyatakan,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, kenderaan dari arah Jalan Pandan Indah yang ingin menuju ke Jalan Cheras disaran menggunakan Jalan 4/91 ke laluan belakang Taman Pudu Ulu (melalui Sekolah Kebangsaan Seri Bintang) melalui Jalan Pudu Perdana dan seterusnya keluar semula ke Jalan 1/91 berhampiran Menara PGRM.

Sehubungan itu, kata kenyataan tersebut, Besraya memohon maaf di atas kesulitan dihadapi pengguna lebuh raya berkenaan.

Tambah kenyataan itu, pengguna lebuh raya juga dinasihatkan supaya mematuhi papan tanda keselamatan dan had laju yang telah ditetapkan.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...