Searching...
Thursday, 22 March 2012
00:04 0

Kenyataan Media Berkenaan Penyebaran SMS Palsu Biskut Munchys




Baru-baru ini tersebar mesej berantai seperti dibawah,



TERKINI : JAKIM TLH BUAT SERBUAN KE ATAS KILANG MUNCHYS, BT. PAHAT DAN MENEMUI STOR ARAK. BOSSNYA DGN RASA BANGGA DAN RASA TAK BeRSALAH, MENGATAKN ARAK TERSEBUT UTK DICAMPUR KE DLM BISKUT..TLG SEBARKN MAKLUMAT INI KPD SE ISLAM& KEPENTINGN UMAT ISLAM. DR PEG.JAKIM -HJ.JALIL B. RAIHAN (JAKIM PUTRAJAYA)kalau tuan2 sayangkan agama Allah yg suci,sebarkan sebanyak mungkin,ini suatu ibadah! ..mudah2an Allah merahmati tuan

Berikutan dengan itu pihak JAKIM mengeluarkan kenyataan seperti dibawah...

Rabu, 14 September 2011

1. JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung sms yang menyatakan "JAKIM telah membuat serbuan ke atas kilang Munchys di Batu Pahat dan menemui stor arak".

2. Adalah dimaklumkan bahawa JAKIM tidak pernah melakukan serbuan seperti yang didakwa dan di sini juga, JAKIM ingin menafikan kewujudan pegawai yang menghantar sms tersebut adalah pegawai JAKIM di Putrajaya.

3. Sukacita dimaklumkan, produk yang dikeluarkan oleh kilang Munchys di Batu Pahat telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM yang masih sah sehingga 31 Julai 2013.

4. Justeru JAKIM menasihatkan kepada semua pengguna agar merujuk kepada portal halal di www.halal.gov.my untuk pengesahan.

Sekian, terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...