Searching...
Thursday, 29 March 2012
01:54 0

Anne Ngasri akhirnya Tolak Cinta Aliff Aziz?



Kisah cinta Pelakon Naszriah Ngasri (Anne) dan Penyanyi dari Singapura Aliff Aziz kini semakin gamat diperkatakan masyarakat yang mengikuti perkembangi seni tanah air. Tindakan Pelakon yang terkenal menerusi Drama Bersiri Cili Padi satu ketika dahulu benar-benar mengejutkan ramai pihak malah ada yang mendakwa Anne tidak sesuai memilih Aliff sebagai calon suami yang mengamalkan rutin hidup ala-ala barat.

Namun, apa jua persepsi peminat, Anne mengakui beliau sejjujurnya tidak mahu terburu-buru dalam melakukan sebarang keputusan. Sudah pasti faktor utama yang harus beliau perhalusi sebelum memilih bakal suami adalah masa depan 3 cahaya matanya, Abdul Warits, 6, Abdul Wafri, 4 dan Naszhara Afroza, 2 tahun.

Anne ketika ditanya pihak wartawan dengan sifat sederhana dan rendah diri mengakui agak serasi berkomunikasi dengan Aliff dan menganggap Penyanyi tersebut sebagai rakan karib buat masa ini.


“Saya akui kami memang serasi dan juga senang untuk dibawa berbincang. Lagipun jika Aliff ada sebarang masalah atau ada apa yang ingin dia luahkan, dia akan beritahu saya. Kami memang kawan rapat dan buat masa sekarang saya tidak mahu meletakkan apa-apa status dalam hubungan kami.

“Apa yang penting, kami tidak hipokrit dan andainya hubungan ini nanti bakal membawa ke gerbang perkahwinan, kami akan beritahu,” kata Anne sambil mengukir senyuman manis.

Sebagai insan yang terlebih dahulu makan garam, Anne banyak menasihati Aliff dalam setiap perkara yang ingin dilakukannya.


“Saya beritahu dia agar fokus kepada kerjaya dia dan saya pula fokus terhadap kerja saya. Kadang-kala jika dia ada masalah, kalau saya boleh tolong, saya tolong,” jelas Anne ketika ditemui di Titiwangsa ketika menghadiri majlis sumbangan wang bantuan kepada Rumah Titian Kasih Titiwangsa, baru-baru ini.


Selain itu, Anne memberitahu buat masa ini, dia masih lagi mampu untuk menguruskan tiga cahaya matanya malah dalam masa yang sama turut mendapat sokongan penuh daripada keluarganya.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...