Searching...
Thursday 26 June 2014
16:46 0

Pelajar Perempuan Berusia Sembilan Tahun Diculik dan Dicabul di Slim River

Anak Cikgu Diculik dan Dicabul di Slim River

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu mangsa yang berada seorang diri berhampiran stesen bas itu didekati suspek berusia 57 tahun lalu berpura-pura bertanya kepada mangsa sama ada mahu membeli buku, sebelum mengajak kanak-kanak itu menaiki keretanya. Suspek kemudian memberhentikan kenderaannya berhampiran kawasan kubur berkenaan lalu cuba pegang dan cium mangsa sebelum meninggalkannya.Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Othman Nayan berkata, mangsa dijumpai oleh orang awam yang melalui jalan berkenaan.

Menurutnya, mangsa ditemui dalam keadaan ketakutan dibawa oleh orang awam ke Balai Polis Slim River untuk tindakan lanjut.
"Bapa mangsa yang dimaklumkan mengenai kejadian oleh seorang lagi anak perempuannya yang melihat mangsa menaiki kereta suspek bertindak melaporkan kejadian di Balai Polis Slim River. 
"Berikutan kejadian, suspek yang disyaki memandu sebuah kereta Proton Wira Aeroback terbabit berjaya dikesan dan ditahan dalam satu sekatan polis kira-kira jam 3 petang," katanya. 
Menurutnya suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 363 dan 354 Kanun Keseksaan iaitu menculik dan mencabul.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...