Searching...
Monday 30 June 2014
06:29 0

MENARIK 10 Selebriti Hot Berstatus Janda 2014





Menerusi sebuah portal hiburan, mereka telah menyenaraikan 10 orang selebriti terkenal tempatan yg kini sah bergelar janda.Pasti akan ada mereka yg menyelar tindakan menyiarkan senarai sebegini. Namun menurut portal tersebut, ia sekadar fakta yg ingin dikongsi mereka tentang selebriti tempatan.


  Berikut adalah Senarai Top 10 Selebriti Hot Berstatus Janda / Ibu Tunggal 2014 yg dikeluarkan portal berkenaan:

Selebriti pertama yg mereka perkenalkan adalah mak janda berhias yg muda dan jelita iaitu Nora Danish atau Nora binti Mohd Danish Hanif, 32 yg telah kembali solo pada 2008 selepas bercerai dengan bekas suami, Toh Muda Rizal Ashram Ramli setelah dikurniakan Putera Rayqal Rizal Ashram.

Begitu juga dengan bekas wanita tercantik di Malaysia pada tahun 1992, Fazira Wan Chek atau Erra Fazira juga bakal menjadi buruan mereka yg memandang paras wajahnya yg jelita beserta personaliti yg lengkap, menjadikan dia role model kepada wanita lain.

Nabila Huda binti Suhaimi Abdul Rahman atau Abil yang dikenali lasak dan lantang bersuara itu sememangnya mampu berdikari. Statusnya itu tidak menghalang puteri sulung Amy Search ini membesarkan sendiri anak tunggal hasil perkahwinannya terdahulu dengan Zaidi Zailani pada 2008.

Biar pun gaya dan personaliti aktres ini persis anak dara sunti, Maya Karin Roelcke sebenarnya pernah berkongsi hidup dengan Steven David Shorthose selama 2 tahun daripada Ogos 2008 hingga Julai 2010 sebelum berpisah.
Dilihat bersungguh-sungguh ingin mempertahankan hak sebagai wanita dan juga rumahtangga yang dibina atas dasar cinta, Rita Rudaini Mukhtar akhirnya akur dengan ketentuan Illahi. Bekas isteri kepada pemain bolasepak terkenal Aidil Zafuan itu kini dilihat bahagia dengan kehadiran dua cahayamata walaupun solo.

Seterusnya, personaliti tv dan radio Raja Azura juga tidak terlepas daripada senarai janda terhangat kerana dia ada tarikan tersendiri. Mesra disapa Kak Engku, Raja Azura pernah mendirikan rumahtangga dengan Azmin Tan Sri Osman dan dikurniakan 3 orang cahayamata sebelum bercerai pada 2010.

Pelakon terkenal Norish Karman yg satu ketika sepi setelah berkahwin dengan seorang ahli dewan undangan (ADUN) bagi kawasan di Negeri Sembilan. Namun selepas dilaporkan bercerai pada 2008, dia membuat kemunculan dengan gaya yg lebih daring dan sudah tentunya jadi sensasi.

Pelakon seksi, Jasmin Hamid yang masih kekal dengan gaya yg tersendiri itu juga masih lagi solo setelah sekian lama bercerai dengan bekas suami Ian Rashid Macquistan pada tahun 2007 dan memiliki seorang anak lelaki.

Seorang lagi pelakon jelita bermata menggoda, Noniswara Baharuddin turut menerima nasib yg sama seperti selebriti wanita hot lain yang bergelar janda. Nonis telah sah berpisah dengan ahli koporat, Datuk Rosman Ridzwan, 56, pada tahun lalu dan kekal solo hingga kini.

Liza Abullah yg telah 32 tahun menjadi anak wayang dan 26 tahun bergelar isteri masih kekal menjaga penampilan. Dengan paras masih cantik dan tidak menampakkan wajah yg semakin berusia, pasti ramai yg ingin mencuba memikat aktres tersebut.

Jika terdapat sebarang kesalahan dalam fakta yang dikongsi, harap ada pihak boleh memperbetulkan perkara ini. Soal kahwin dan cerai serta status janda itu kadangkala sensitif buat sesetengah pihak. Oleh itu, harap jangan ada yg terguris atau berkecil hati.

 

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...