Searching...
Sunday 29 June 2014
06:27 0

DUNIA Hidung Scarlett Johansson Paling Sempurna!

Pelakon seksi Scarlett Johansson dinobatkan memiliki hidung paling sempurna menerusi satu kajian yg dilakukan oleh sekumpulan pakar pembedahan plastik daripada Universiti New York.


Jessica Biel, Kate Middleton, Kate Beckinsale and Scarlett Johansson Nose
Jessica Biel, Kate Middleton, Kate Beckinsale dan Scarlett Johansson.

Mereka berpendapat kedudukan hidung bintang filem Captain America: The Winter Soldier itu sangat ideal selain sepadan dengan bentuk mukanya.

Kajian yang diketuai oleh Doktor Omar Ahmed itu dilakukan ke atas 4,000 orang peserta lelaki dan perempuan daripada golongan kulit putih serta berusia antara 18 hingga 25 tahun.

Mereka melakukan perbandingan kedudukan hidung bermula dari bahagian atas bibir hingga ke hujung tulang hidung dengan unjuran 96, 101, 106, 111 dan 116 darjah pada muka mereka.

Beberapa nama besar seperti pelakon filem The Devil and the Deep Blue Sea, Jessica Biel yg memiliki kedudukan hidung dengan ukuran 106 darjah berkongsi tempat dengan pelakon jelita, Eliza Graves yg dianggap sangat sesuai.

Isteri kepada Putera William, Kate Middleton turut tersenarai dalam golongan individu yg memiliki hidung yg menawan dengan kedudukan 103 darjah.

Kajian tersebut turut mengatakan kedudukan hidung yg sempurna berada antara unjuran 104 darjah hingga 108 darjah kerana dilihat sempurna selain memiliki ciri-ciri klasik.

Walaupun hidung Johansson itu dianggap paling sempurna, kebanyakan individu yg ingin melakukan pembedahan plastik didapati akan memilih untuk kelihatan seperti bintang realiti televisyen, Kim Kardashian. -Agensi

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...