Searching...
Sunday 29 June 2014
05:52 0

BERITA NGERI GAMBAR KEMALANGAN PERONDA LEBUHRAYA DI LEBUHRAYA PANTAI TIMUR.




 



Semalam, telah berlaku satu kemalangn di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) membabitkan kereta jenis Toyota Hilux dengan lori tangki hingga meragut nyawa seorang peronda lebuhraya.

Kemalangan berlaku ketika kenderaan peronda yg menghala ke Kuala Terengganu diberhentikan di lorong kecemasan.

Pemandu lori tangki minyak sawit yg hilang kawalan kemudiannya muncul secara tiba-tiba lalu merempuh kereta ini hingga mengakibatkan Razali Ishak, 44, yang berada di dalamnya maut tersepit.

Rakan sekerja Razali bagaimanapun terselamat selepas dikeluarkan oleh orang ramai.

Gambar kemalangan ini kemudiannya dikongsikan di Facebook Friends.

Seperti biasa, gambar sebegini mula dibanjiri komen takziah dan al-fatihah namun pada masa sama ramai turut bertanyakan tentang satu entiti ganjil yg terdapat di dalamnya.

Ia adalah imej berupa seseorang seolah-olah sedang memerhatikan kereta yg remuk ini dari jauh. Memandangkan kawasan kemalangan adalah semak samun, ramai berasa ganjil mengapa ‘pemerhati’ terbabit boleh berada di situ.

Bagaimana pula pendapat anda?

Apa pun, marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah buat Allahyarham Razali Ishak dan mendoakan semoga rohnya diterima dalam kalangan orang beriman. #mynewshub
Wassalam, Wa'allahhualam,
 

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...