Searching...
Tuesday 7 August 2012
20:42 0

Asap tebal disangka 'rusuhan'





BESUT- Pembantu Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih, Mohd Razali Embong yang sedang membuat pemantauan Majlis Pengagihan Dana Hari Raya, terkejut melihat asap tebal di hadapan Dewan Majlis Daerah Besut (MDB) Gong Kemuntung dan menyangka berlaku rusuhan di kawasan tersebut.
“Saya menyangka ada orang tidak puas hati terhadap sistem agihan dana kemudian bertindak membakar motosikal kerana ia berlaku di kawasan itu. Rupa-rupanya sebuah skuter terbakar,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 petang semalam, sebuah skuter yang diletakkan di hadapan Dewan Majlis Daerah Besut (MDB) Gong Kemuntung musnah sama sekali akibat terbakar.
Bagaimanapun, tindakan pantas seorang anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Mohd Badrul Shah, memadam kebakaran pada motosikal skuter berkenaan berjaya menyelamatkan puluhan kenderaan lain yang terletak berhampiran.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 tengah hari semalam, skuter yang diletakkan di hadapan Dewan Majlis Daerah Besut (MDB) Gong Kemuntung dekat itu bagaimanapun dan hanya tinggal rangka.
Mohd Badrul yang kebetulan berada berhampiran kawasan itu bergegas mengambil alat pemadam di Dewan MDB sebelum bertindak memadam kebakaran pada skuter yang sedang marak bagi menyelamatkan berpuluh kenderaan lain.
Sebelum kejadian, seorang mekanik dikatakan sedang membaiki enjin skuter itu namun ketika cuba menghidupkannya tiba-tiba api menyambar bahagian enjin skuter  tersebut.
Panik dengan keadaan api semakin marak menyebabkan mekanik berkenaan cuba mengalihkan skuter itu ke tempat yang agak jauh sedikit daripada kenderaan lain.
Dalam keadaan panik itu, pemilik skuter yang hanya mahu dikenali sebagai Mazlan, 40, dan mekanik terbabit berjaya menyelamatkan diri selepas skuter itu terbakar sepenuhnya.
Mohd Badrul berkata, kebakaran dipercayai berlaku disebabkan masalah litar pintas pada sistem pendawaian motosikal berkenaan.
Sebuah jentera bomba bersama anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jertih tiba di tempat kejadian untuk memadam kebakaran berkenaan.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...