Searching...
Wednesday 11 July 2012
14:55 1

PAS desak kerajaan jelaskan isu lelaki ditembak mati di JPM

Apakah sebab Khalil Afandi mengamuk di JPM?


KUALA LUMPUR, 11 Julai — Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu, hari ini mendesak kerajaan memberikan penjelasan terperinci mengenai kejadiaan amukan seorang lelaki sehingga ditembak mati di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya, Isnin lalu.



Timbalan presiden PAS yang mesra dengan panggilan Mat Sabu (gambar fail) berkata, penjelasan perlu diberikan oleh kerajaan agar rakyat tahu dengan lebih terperinci mengenai kejadian tersebut.

“Saya desak kerajaan Malaysia beri penjelasan terperinci tentang kejadian tersebut,” kata Mat Sabu ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider malam tadi.
“Kejadian itu berlaku secara tiba-tiba dan lelaki tersebut telah ditembak mati.
“Oleh itu rakyat perlu tahu apa disebalik kejadian ini.”

Isnin lalu seorang lelaki yang menggelarkan dirinya “Imam Mahdi” mati ditembak polis ketika mengamuk bersama seorang wanita dengan melibaskan pedang samurai di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, suspek yang dikenali sebagai Khalil Afandi Hamid, 47, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari.

Manakala suspek wanita, seorang bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) berusia 28 tahun, terkena tembakan di bahagian paha kanan dan sedang mendapatkan rawatan di hospital sama.

Menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata, pihaknya sedang berurusan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memastikan motif sebenar kejadian serangan tersebut.

“Sekiranya benar serangan itu ada kaitan dengan gerakan keagamaan, kita mahu tahu gerakan mana yang terlibat kerana kejadian ini amat bahaya dan bukan kes terpencil,” .

1 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...