Searching...
Tuesday 3 July 2012
13:51 0

Erra Fazira Tetap Enggan Cerita Pekung Di Dada


KUALA LUMPUR – Meskipun mengaku tertekan sejak kebelakangan ini, pelakon jelita Erra Fazira tetap enggan mendedahkan kisah di sebalik tirai mahligainya yang dikatakan bergoncang di atas dasar prinsip tidak mahu membuka pekung di dada.

Selebriti yang pernah merangkul gelaran ratu cantik “Miss Malaysia” sebelum menceburkan diri di dalam dunia hiburan tanahair itu menegaskan bahawa beliau perlu menutup mulut bagi menghindari spekulasi yang lebih hebat dan mampu membawa kesulitan yang lebih besar.

“Saya akan terus berpegang kepada kata-kata saya sebelum ini dan akan terus berdiam diri daripada meluahkan mengenai perihal rumah tangga saya,” katanya yang dipetik dari laman berita, Mstar, semalam.

Beliau menambah bahawa perselisihan faham bagi pasangan yang suami isteri adalah sesuatu yang lumrah bagi setiap pasangan yang sudah berumahtangga.

“Tiada rumah tangga yang sempurna dan begitu juga saya dan itu adalah perkara biasa bagi pasangan yang berkahwin,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Erra tidak menafikan tentang keadaan dirinya yang tertekan sejak akhir-akhir ini dan cuba menyebokkan diri dengan memberikan fokus terhadap bidang lakonan setelah aktif kembali di dunia seni tanahair.

“Saya kelihatan kuat tetapi ada kalanya saya tewas dengan emosi kerana tertekan dengan keadaan sekeliling namun nasib baik saya cepat sedar akan tindakan itu.

“Sekarang sangat sibuk dengan undangan lakonan dan rasanya itu adalah cara paling baik untuk tidak berfikir mengenai kekecohan yang berlaku,” ujarnya menjelaskan keadaan emosi dirinya.

Erra pertama kali bernikah dengan anggota kumpulan KRU, Yusri Abdul Halim, pada 15 Jun 2003 sebelum berpisah pada 10 Julai 2006 setelah mendirikan rumahtangga selama tiga tahun tanpa sebarang cahayamata.

Diva tanahair itu kemudiaannya melangsungkan perkahwinan keduanya dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 10 Oktober setahun kemudiannya dan dikurniakan seorang cahayamata Engku Aleesya yang kini berusia 3 tahun.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...