Searching...
Monday 9 July 2012
00:16 0

Celcom Kini Turut Sama Menyokong GMail SMS



Bagi para pengguna GMail, semestinya salah satu perkhidmatan yang menarik adalah kemudahan menghantar SMS percuma kepada rakan anda terus daripada GMail. Dan bertambah menariknya lagi, apabila selepas DiGi dan juga Maxis memperkenalkan sokongan untuknya, kini Celcom turut sama tersenarai sebagai syarikat telekomunikasi yang menyokong perkhidmatan tersebut.

Kami tidak mengetahui sejak bilakah Celcom menyokong perkara ini. Sebelum ini, DiGi menjadi yang terawal untuk menyokongnya, iaitu pada November tahun lepas, sebelum turut disertai oleh pihak Maxis pada bulan Februari yang lepas. Dan dengan penyertaan Celcom, kini ketiga-tiga gergasi menyokongnya, dan mungkin kita akan dapat melihat UMobile turut menyokongnya tidak lama lagi.

Bagi mereka yang tidak mengenali akan GMail SMS, ia merupakan salah satu perkhidmatan yang dibawakan oleh Google hasil bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi, membolehkan para pengguna GMail menghantar SMS percuma kepada rakan-rakan mereka, tanpa sebarang kos. Ia membolehkan anda terus kekal berhubung dengan rakan anda, walaupun rakan anda berada di luar-talian dan tidak mengakses emel GMail mereka. Namun, seperti biasa, bagi yang ingin membalas SMS yang diterima, caj perkhidmatan akan diperkenalkan untuk mereka.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...