Searching...
Sunday 1 July 2012
16:26 0

Budak Buli Orang Tua Digantung Persekolahan


New York – Empat pelajar di New York yang membuli kelindan bas sekolah telah digantung persekolah selama setahun dan dalam tempoh berkenaan mereka akan diajar oleh tutor di luar sekolah.

Mereka juga diarahkan menjalani khidmat masyarakat selama 50 jam dengan warga emas dan akan diberikan latihan mengenai aspek tingkah laku.

Pelajar terbabit, bagaimanapun tidak berdepan tuduhan jenayah dan keluarga mereka juga bersetuju supaya pihak berkuasa mengumumkan keputusan itu selepas siasatan dalaman dijalankan.

“Setiap pelajar mengaku melakukan perbuatan tersebut dan menerima keputusan yang dikenakan ke atas mereka,’’ katanya jurucakap Jabatan Pendidikan.

Keputusan berkenaan diambil oleh jabatan itu selepas rakaman aksi mereka membuli wanita tua itu telah dimuat naik dalam Youtube.

Rakaman yang memaparkan empat remaja membuli seorang warga emas, Karen Klein, 68, hingga wanita itu menangis telah ditonton 7 juta kali dalam Youtube.

Kejadian itu dirakamkan melalui telefon bimbir pada 18 Jun lalu dan dimuat naik ke Youtube dua hari selepas itu.

Rakaman selama 10 minit itu menunjukkan bagaimana Klein, seorang ibu tunggal telah diejek oleh pelajar berkenaan “Awak tidak mempunyai keluarga kerana semuanya membunuh diri. Mereka tidak mahu mendekati awak,’’.

Menurut Klein, dia menangis kerana sedih dan tidak tahu sama ada pelajar berkenaan menyedari atau tidak bahawa anak sulungnya telah membunuh diri 10 tahun lalu.

Dalam pada itu, Klein telah mendapat simpati jutaan orang selepas mereka menonton rakaman berkenaan.

Dia telah ditawarkan lawatan ke Disney World di California manakala pesawat Southwest Airlines berbesar hati menaja penerbangan ke situ ke untuk Klein dan lapan orang cucunya.

Klien juga diberikan percutian percuma selama seminggu di Hilton Sandestin Beach Golf Resort di Florida.

Sementara kutipan derma secara dalam talian untuk Klein kini meningkat hingga $650,000.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...