Searching...
Wednesday 4 July 2012
01:28 1

Anzalna Tidak Boleh Sebut Nama Neelofa Lagi


Semua sudah tahu yang semalam Anzalna sudahpun membuat satu pemohonan maaf kepada Neelofa secara terbuka di satu sidang media.. Namun begitu Anzalna juga perlu mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak Neelofa sebelum dan selepas permintaan maaf itu dilakukan.. syarat-syarat itu untuk mengelakkan kontroversi yang sama berulang kembali..

Walaupun Neelofa tidak mendedahkan kesemua syarat-syarat yang ditetapkan, namun begitu beliau sempat berkongsi sedikit antara syarat yang dikenakan.. Antara syarat tersebut adalah untuk memastikan yang Anzalna memohon maaf secara ikhlas dan bukannya kerana terpaksa..

Selain itu, Anzalna juga tidak boleh menyebut nama Neelofa lagi di mana-mana temuramah, di laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter, di blog-blog serta tidak boleh memanjangkan lagi hal ini…

Wah, nampaknya selepas ini jika Anzalna ingin bercerita mengenai Neelofa terpaksa la sebut ‘artis N bukan nama sebenar’.

1 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...