Searching...
Sunday 15 July 2012
00:05 0

Amazing Alex Sedia Dimuat Turun



Permainan Amazing Alex hasil kerja tangan terbaru Rovio, pembuat asal Angry Birds, sudah dibuka untuk muat turun. Berbeza dengan Angry Birds yang merupakan permainan berasas sling shot, Amazing Alex dibina berasakan puzzle – pemain perlu bijak mencipta reaksi berangkai. Permainan ini mengajak si pemain mencipta pergerakan kinetik satu benda yang akan memberi kesan kepada benda lain yang disentuh oleh benda itu, memberi kebebasan kepada si pemain untuk berfikir secara kreatif. Berbanding dengan Angry Birds yang cepat difahami oleh kanak-kanak pada umur bermula dari 3 tahun kerana hanya perlu tarik lastik, tahan kemudian lepas untuk menjahanamkan rumah Khinzir Hijau,Amazing Alex kami rasakan sesuai untuk kanak-kanak pada umur 5-7 tahun kerana memerlukan kanak-kanak itu faham kegunaan sesuatu objek yang ada di skrin terlebih dahulu, kecekapan mereka bermain bergantung pada penaakulan minda kanak-kanak tersebut.. ia boleh dimainkan oleh sesiapa sahaja sebenarnya terutama yang sukakan permainan jenis ‘memerah otak’, Amazing Alex dimuatkan 100 level berbeza serta 35 objek berbeza untuk dimainkan di empat tempat berbeza. Muat turun Amazing Alex untuk peranti iOS (berharga $0.99 Dolar) di sini… dan untuk Android (tablet & telefon pintar) di sini.. Untuk Android, Amazing Alex dikeluarkan dalam versi percuma, versi berbayar ($0.99 Dolar Amerika) serta versi HD dijual pada harga $2.99 Dolar Amerika.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...