Searching...
Monday 11 June 2012
01:23 0

Tips Buat Kata Laluan yang Selamat


Baru-baru ni kata laluan bagi akaun LinkedIn telah digodam dan disebarkan. Lepas tu ada pula yang mencuri kata laluan dari akaun Last.fm. Itu adalah beberapa kes pencurian kata laluan yang terbaru. Jadi kemungkinan akaun rangkaian sosial popular yang lain juga akan jadi mangsa.

Jadi apa yang perlu kita buat sebagai seorang pengguna? Tukar kata laluan anda sekarang! Lebih-lebih lagi akaun Facebook yang dah pasti mempunyai data, gambar dan info peribadi yang penting. Kalau akaun Facebook anda diceroboh, rasanya sakit jiwa dibuatnya.

Tukarlah dengan satu set kata laluan baru untuk semua perkhidmatan utama yang anda gunakan. Kalau anda mempunyai banyak akaun penting, ia mustahil untuk pergi ke setiap tapak yang anda pernah buka akaun, tapi kita tak akan rugi memberi sedikit masa untuk menukar kata laluan pada mana-mana laman yang mempunyai maklumat peribadi atau kewangan yang penting.

Buat Kata Laluan yang Selamat

  • Kalau ada terima e-mel dari mana-mana perkhidmatan yang meminta untuk mengemaskinikan maklumat anda, JANGAN KLIK pada pautan dalam e-mel, kemungkinan ia adalah spoofed.
  • Jangan gunakan kata laluan yang sama untuk semua akaun.
  • Jangan gunakan “password“, “12345,” atau mana-mana perkataan mudah diteka. Jika anda perlu menggunakan satu perkataan supaya anda boleh ingat, pilih satu perkataan yang tidak bermakna apa-apa kepada sesiapa kecuali anda. Cuba ubah ejaan dan tambah nombor.
  • Jika anda rasa anda bukan seorang yang mudah lupa, boleh cuba ni: Fikirkan baris pertama sebuah lagu yang anda suka, ambil huruf pertama bagi setiap perkataan dalam barisan itu, kemudian letakkan mereka bersama-sama.

Untuk menjadikan kehidupan anda lebih mudah pada masa akan datang, simpan senarai laman web yang anda buka akaun. Dengan cara itu, apabila tiba masanya untuk penukaran, anda tahu ke mana hendak pergi

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...