Searching...
Saturday 2 June 2012
07:49 0

Rodgers letak sasaran


LIVERPOOL - Brendan Rod- gers berazam untuk mengembalikan kegemilangan Liverpool selepas diumumkan secara rasmi sebagai pengurus baharu bekas kelab gergasi England itu semalam.

Selepas lebih 20 tahun tidak memenangi trofi Liga Perdana England, reputasi kelab Merseyside itu semakin goyah kerana gagal memberi saingan kepada pencabar-pencabar yang lain.

Lebih memburukkan lagi keadaan, musuh ketatnya, Manchester United muncul kuasa besar dalam arena bola sepak England, manakala Liverpool pula mula dipintas Chelsea dan juara baharu, Manchester City.

Namun, bekas pengurus Swansea City itu berkata, sejarah kegemilangan Liverpool yang pernah menjuarai lima gelaran Piala Eropah menjadi inspirasi dan bukannya satu bebanan.

"Itulah tarikannya, sejarah kelab ini," kata Rodgers dalam satu sidang akhbar semalam.

"Kekecewaan mereka selama ini juga menjadi daya tari- kan.

"Sudah 20 tahun mereka gagal memenangi sebarang kejuaraan.

"Kami mungkin masih belum bersedia untuk memenangi trofi tetapi ia satu permulaan bagi proses tersebut, satu kitaran baharu dan ia adalah sesuatu yang akan kami usahakan dalam tahun mendatang."

Pengurus berusia 39 tahun dari Ireland Utara itu menggantikan tempat Kenny Dalg- lish yang dipecat bulan lalu selepas membimbing skuad The Reds buat kali kedua dan menyaksikan kelab tersebut ketinggalan 37 mata kepada City musim ini.

"Saya berterima kasih kerana diberi peluang ini," kata Rodgers yang membimbing Swansea selama dua musim, membawa kelab dari Wales itu ke saingan Liga Perdana England dan menamatkan kempen di tangga ke-11 musim ini.

"Saya sangat teruja dan tidak sabar lagi untuk memulakan projek menarik ini. Saya berjanji untuk memberi komitmen saya kepada perjuangan kelab ini dan mempertahankan prinsip kelab Liverpool di dalam dan di luar padang."

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...