Searching...
Wednesday 6 June 2012
10:55 0

Kenapa Yana Samsudin Keluar Dari Panggung Ketika Pratonton Aku Ada, Kau Ada???


PRATONTON Aku Ada, Kau Ada??? bukan setakat disaksikan oleh para wartawan tetapi pelakon filem itu juga hadir termasuklah salah seorang pelakon utamanya, Yana Samsudin.

Namun ada pihak terutamanya para wartawan yang terkejut apabila melihat Yana dilihat keluar dari panggung sewaktu pratonton filem itu di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Ada yang mengandaikan Yana seperti bosan untuk meneruskan tontonan terhadap filem pertama arahan Rahila Ali terbitan Pencil Pictures Sdn. Bhd. tetapi dia menafikan andaian itu.

“Saya tidak kata saya bosan dengan filem ini ataupun saya malu menonton filem lakonan saya sendiri tetapi saya memang selalu berbuat begitu. Saya mengaku keluar dari panggung.

“Bukan saya seorang tetapi Shaheizy Sam yang turut berlakon dalam filem ini turut keluar dari panggung bersama-sama saya. Kami memang selalu macam itu dan ia macam kebetulan.

“Memang ada orang kata yang kami seperti tidak suka dengan filem ini tetapi itu hanyalah cakap-cakap orang sahaja. Takkanlah kami mahu mengutuk filem lakonan sendiri," komennya.

Yana mengulas isu itu selepas pratonton Aku Ada, Kau Ada??? yang turut dilakonkan oleh Kamal Adli dan telah ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 24 Mei lalu.

Jelas Yana, menerusi filem yang 90 peratus penggambarannya dijalankan di Korea Selatan itu, dia bukan setakat berlakon tetapi buat pertama kalinya juga perlu menyanyi dan menari.

“Saya telah berduet sebuah lagu dengan Shaheizy Sam bertajuk Begini Caranya dan menyanyi solo dua buah lagu berjudul Halus Berbisa dan 2M," ujarnya.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...