Searching...
Wednesday 9 May 2012
12:52 0

Tanam 7000 batang pokok berbentuk Gitar


Seorang petani bernama Pedro Martin Ureta, 71 dari Argentina menanam 7000 pokok cemara (cypress) dan pokok kayu putih (eucalyptus) dalam bentuk gitar gergasi untuk memperingati mendiang isterinya, Graciela Yraizoz yang meninggal dunia pada 1977 di usia 25 tahun.Pokok ini mula ditanam tidak lama selepas kematian Graciela.


Ureta bertemu Graciela pada tahun 1960-an, selepas dia pulang dari mengembara ke Eropah, di mana dia menghabiskan banyak masa dengan artis dan revolusioner.Ureta berumur 28 tahun ketika dia berkenalan dengan Graciela yang merupakan seorang gadis cantik berusia 17 tahun.Tidak lama selepas itu, Ureta melamar Graciela.Walaupun ramai yang kurang senang dengan ikatan ini kerana sikap Ureta yang dilihat tidak komited dalam perhubungan serius, kedua-duanya tetap berkahwin dan Ureta membuktikan cintanya utuh pada isterinya itu sewaktu dia masih hidup dan sehingga ke hari ini.



0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...