Searching...
Sunday, 27 May 2012
11:09 0

Gajah dan Babi Haiwan Ramalan EURO 2012



Jika Piala Dunia 2010 mempunyai sotong kurita, Paul sebaliknya di Poland dan Ukraine akan turut menggunakan haiwan sebagai penilik iaitu seekor gajah dan babi sempena Piala Eropah 2012.

Citta merupakan spesis gajah dari India yang berasal dari bandar Krakow, utara Poland.

Citta yang berusia 33 tahun berjaya mengalahkan pesaingnya yang lain, seekor burung kakak tua setelah berjaya meramalkan kemenangan Chelsea selaku johan Liga Juara-juara Eropah baru-baru ini.

Ia telah memilih buah epal yang diletakkan diatas logo Chelsea sebaliknya tidak memilih epal di atas logo Bayern Munich. Cara yang sama juga akan digunakan sehari sebelum setiap perlawanan EURO 2012 bermula.

Pusat ternakan di mana Citta dijaga tidak akan membuat ramalan sehari sebelum tarikh perlawanan pembukaan pada 8 Jun nanti. Ramalan akan dibuat dua hari sebelum perlawanan tersebut kerana pada 7 Jun merupakan hari suci kepada penganut Katolik Roma yang mana majoriti di antara merupakan penduduk Poland.

Manakala, di Ukraine pula seekor babi diberi nama Psychic Pic, 2 tahun akan turut bertindak seperti Citta juga. Psychic Pig yang menggemari bir dan kentang goreng diberi latihan terlebih dahulu sebelum berhadapan dengan umum dan media.

*Laporan ini adalah sekadar berita.

**Menilik adalah haram dan umat Islam yang mempercayainya telah melakukan dosa besar kerana syirik terhadap Allah SWT.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...