Searching...
Friday 18 May 2012
01:01 0

Forbes Nobatkan Jennifer Lopez Sebagai Selebriti Paling Berkuasa 2012



Walaupun sudah lama tidak melakukan aktiviti lain selain duduk di kerusi juri American Idol, Jennifer Lopez nampaknya masih berjaya dengan strategi beliau untuk memegang gelaran & status selebriti paling berpengaruh.

Beberapa tahun lalu, kerjaya Jennifer Lopez seakan malap apabila album berbahasa Sepanyol penuh beliau gagal untuk memenuhi selera peminat selain filem lakonan beliau juga tidak mendapat sambutan yang sepatutnya.

American Idol sememangnya menjadi platform untuk selebriti ini memperbaiki imej juga karier beliau & hari ini menerusi majalah Forbes, beliau mengungguli carta selebriti paling berkuasa.

Jennifer Lopez mengambil tempat Lady Gaga yang tahun ini berada di’tangga kelima. Oprah Winfrey walau pun memiliki pendapatan tertinggi sepanjang 12 bulan dengan US$165 juta hanya berada di’tempat kedua.

Bintang pop muda, Justin Bieber di’letakkan di tempat ketiga dan ini merupakan kemunculan kedua penyanyi berusia 18 tahun ini dalam senarai The World’s Most Powerful Celebrities.

Rihanna di’tangga keempat, Kim Kardashian, Katy Perry, Tom Cruise & Steven Spielberg masing masing secara relatif melengkapkan senarao 10 selebriti paling berpengaruh di’dalam industri hiburan. Senarai penuh boleh anda baca di Forbes.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...