Searching...
Friday 18 May 2012
19:36 0

Fasha Sandha Sedih Kehamilan Dipertikai

SIAPA yang tidak sedih kalau berita kehamilan dipertikaikan oleh orang ramai. Kita dapat memahami perasaan kecewa yang sedang dilalui oleh Fasha apabila mendapat reaksi negatif selepas berkongsi berita kehamilannya baru-baru ini. Sepatutnya kita turut sama-sama bergembira dan berdoa agar kandungan Fasha sihat sentiasa. Sayangnya ada banyak pihak yang mempertikaikan kehamilan tersebut.
Ada pihak yang mendakwa bahawa Fasha dan Jejai sudah pun bernikah di luar negara sebelum berlangsungnya majlis pernikahan mereka di Kuala Lumpur baru-baru ini. Fasha yang sedih dengan dakwaan ini berkata:-

Tak mungkin kami nak membazir duit buat majlis sebesar itu. Habis tetamu yang hadir dan saksi majlis akad nikah itu siapa? Apa? Ingat kami suka-suka nak berlakon begitu? Cubalah fikir cara logik. Pernikahan bukan boleh dibuat main-main. Janganlah suka-suka nak buat cerita yang bukan-bukan. Mereka faham tak apa itu bunting pelamin? Saya tidak mahu memberi sebarang komen berkaitan dakwaan yang tidak masuk akal itu.

Diharap Fasha tabah menghadapi dugaan ini. Pedulikan apa kata orang. Yang penting anda dan Jejai sentiasa bahagia di sisi masing-masing. Kami doakan agar Fasha dapat melalui fasa kehamilan ini dengan tenang dan sihat sejahtera.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...