Searching...
Tuesday 8 May 2012
17:39 0

Blog Minta Agong Mati & Hina Islam





Ada satu blog (Anjing) diwujudkan oleh sekelompok manusia murtad dan merancang untuk meluaskan empayar kesesatan melalui media baru. Ini antara contoh penzahiran emosi sekelompok manusia yang sedang cuba untuk mempengaruhi rakyat untuk bersimpati dan menyokong agenda jahat mereka.

Selepas PRU Ke-12, media baru adalah platform terpenting dalam menyebarkan agenda kejahatan dan subversif yang ideal. Ianya mudah, murah, pantas dan kecapaian yang luas. Dengan kekalutan situasi politik dan pertelingkahan kaum hari ini, sebaran melalui media baru mampu menjejaskan keharmonian negara.




Daripada apa yang tertulis oleh blogger Anjing ini, dia meluahkan rasa benci dan amarah terhadap Islam dan berdoa supaya YDP Agong mati. Ada dalam tulisannya dia mengagungkan Chin Peng dan mengisytiharkan perang terhadap Islam dan YDP Agong.


Kita pun tak tahu samada penulis Nirrajim ini benar-benar murtad ataupun penulis bukan Islam yang mahu mencetus kegusaran agama di negara ini. Jangan dilupa suatu ketika dulu ada blog lahanat seperti ini yang menyiarkan tulisan-tulisan yang boleh mencetuskan kegusaran agama dan mengundang rasa tidak puas hati rakyat.


Minta pihak yang berwajib untuk bertindak tegas terhadap blogger ini.


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...