Searching...
Sunday 15 April 2012
11:23 0

Wenger sedia berbelanja besar

CAMPBELL (kiri) mengkritik Wenger kerana enggan membeli beberapa pemain berkelas dunia pada musim perpindahan lalu.


LONDON – Arsene Wenger bersedia untuk berbelanja besar bagi membeli pemain yang sesuai pada musim panas ini.
Pengurus Arsenal itu menerima kritikan daripada bekas pemain skuad The Gunners, Sol Campbell yang memberitahu, kelab lamanya itu perlu mendapatkan pemain yang sesuai.
Namun, Wenger menjawab kritikan tersebut: “Apa yang tidak boleh diubah adalah polisi kami. Kami akan tampil dengan lebih bercita-cita besar dan akan menggunakan wang yang ada dengan bijak.
“Kami akan berbelanja besar kerana kami berhajat untuk memiliki pemain berkelas dunia. Sekiranya kamu lihat kepada sejarah kami sejak 15 tahun lepas, kami memang memiliki pemain yang berkelas dunia.
“Sol Campbell adalah salah seorang daripadanya,” katanya.
Meskipun sedar kelab seperti Manchester City dan Chelsea mampu mengatasi Arsenal dari segi tawaran terhadap pemain, Wenger tidak bimbang.
Beliau tidak melihat kelebihan dana kewangan kedua-dua kelab itu akan menjadi penghalang kepada The Gunners untuk mencatat kejayaan.
“Ia tidak akan menjamin kamu daripada memenangi kejuaraan. Ada dua trofi utama yang bakal menunjukkan kualiti sesebuah pasukan. Ia adalah trofi Liga Perdana England dan Liga Juara-Juara.
“Impian kami tetap sama iaitu memenangi salah satu daripada kejuaraan ini.
“Ia bergantung kepada cara kami menamatkan musim tersebut bagi menentukan berapa banyak wang yang perlu kami belanja. Ia penting bagi memenangi kejuaraan musim akan datang,” katanya.
– Agensi

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...