Searching...
Sunday 22 April 2012
16:57 0

TAHNIAH!! Najib lantik Melayu? sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang baru


Sempena dengan lawatannya ke Pulau Pinang hari ini, Najib telah mengumumkan Pengerusi Barisan Nasional yang baru bagi menggantikan Koh Tsu Koon..

Perlu kita ketahui secara tradisinya dalam Barisan Nasional, Pengerusi Barisan Nasional akan secara automatik dilantik sebagai Ketua Menteri jika UMNO/BN berjaya menguasai Pulau Pinang selepas PRU13 nanti.

Seperti Koh Tsu Koon yang kebanyakkan pencacai UMNO anggap sebagai Melayu kerana mereka melabel Guan Eng sebagai seorang Cina, aku percaya Pengerusi BN Pulau Pinang yang baru ini juga dianggap sebagai Melayu oleh mereka.

Ini kerana selepas PRU12 yang lalu apabila Kerajaan Negeri bertukar tangan ramai pencacai-pencacai UMNO yang sedih berkata “Baguihla.. hangpa dah bagi Negeri ni kat Cina..”.

Dari ayat yang aku dengar itu maka bolehlah aku tafsirkan kerana bebal Koh Tsu Koon itu telah dianggap sebagai Melayu oleh pencacai UMNO..


Perlantikan oleh Najib ini juga menjelaskan kepada kita bahawa di Pulau Pinang ini UMNO hanya layak untuk dipimpin bukannya menjadi pemimpin.. sesuai dengan kata-kata Tun Mahathir yang mengatakan “hanya yang bodoh menyertai UMNO kini”.. tak percaya baca kat ( SINI ) Oleh itu… Tahniah Najib!! Kerana telah melantik Melayu? Sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang.. HIDUP MELAYU!!! Err.. hairan jugak aku bagaimana pemimpin dari Parti yang hidup segan mati tak mahu ini boleh diterima untuk memimpin sebuah parti yang mendakwa mereka kuat di Pulau Pinang?

SU Agung Gerakan Pengerusi BN Pulau Pinang baru



NIBONG TEBAL - Perdana Menteri ,Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menggantikan Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Beliau berkata, pelantikan bekas Exco Kerajaan Negeri itu, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar berkuat kuasa hari ini. "Saya umumkan pelantikan Teng Chang Yeow sebagai pengerusi BN Pulau Pinang yang baharu dan beliau akan ambil alih dan memikul tanggungjawab itu mulai hari ini. "Terima kasih saya ucapkan kepada Pengerusi Gerakan Negeri Datuk Dr Teng Hock Nan kerana faham bahawa inilah realiti politik, walaupun beliau sendiri telah banyak memberi sumbangan dan tenaga kepada parti selama ini," katanya. Najib membuat pengumuman itu dalam ucapan pada majlis perjumpaan dengan anggota jentera pilihan raya pusat daerah mengundi (PDM) di Bukit Jawi Golf Resort di sini hari ini. Pada majlis itu, Perdana Menteri turut melancarkan 345 PDM di seluruh Pulau Pinang. Pada November lalu, Tsu Koon yang juga Presiden Gerakan mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 dan dengan itu dirumuskan bahawa beliau pada prinsipnya membuat keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai pengerusi BN Pulau Pinang.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...