Searching...
Sunday 22 April 2012
22:11 0

Sambutan Hambar Hantui Demo Anti-Lynas



Entah di mana silapnya, demonstrasi anti-Lynas yang kononnya sedang memuncak sekarang ini di merata-rata tempat nampaknya tidak mendapat sambutan yang diharapkan.

Tetapi seperti biasa, media yang dibawah pengaruh pembangkang masih lagi enggan menerima kenyataan itu sebaliknya terus memukul canang yang demonstasi berkenaan mendapat sokongan yang cukup luar biasa.

Sebagai contoh, hanya 30 orang berkumpul sambil membawa sepanduk dan tiga keranda bertutup kain hitam di persimpangan masuk ke tapak kilang pemprosesan nadir bumi milik Lynas Corporation, Gebeng baru-baru ini.

Manakala demonstrasi di depan bangunan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pula hanya menyaksikan kira-kira 40 orang saja yang hadir.

Malang sungguh di saat projek Lynas ini disahkan selamat oleh pakar di dalam dan di luar negara, masih ada ‘kutu berahak’ yang tak reti bahasa dan terus menipu rakyat dengan helah dan kepentingan politik mereka.

Pada yang bercadang untuk menyertai demonstrasi anti-Lynas ini lepas ini, penulis ingin beritahu sekali lagi yang badan antarabangsa berwibawa seperti Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah memeriksa dan membuat penilaian ke atas projek ini Jun lepas dan membuat keputusan tentang selamatnya projek berkenaan.

Malah pakar-pakar logam tanah jarang dan radiasi dari China sendiri telah dibawa masuk dan menjelaskan dalam beberapa siri public engagement dengan orang ramai, khususnya masyarakat Cina di Kuantan mengenai kepentingan projek itu.

Dalam kalangan anggota parti pembangkang pula, Ahli Parlimen Pas kawasan Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat yang juga pakar nuklear telah membuat pengakuan positif mengenai projek ini; namun, puak-puak penentang tetap dengan kedegilan mereka.

Kita kena ingar, perniagaan nadir bumi sebenar adalah sangat baik bagi masa depan kerana ia menjurus kepada pengeluaran bahan bagi penggunaan sains dan teknologi, termasuk teknologi hijau dan adalah industri baik bagi Malaysia ke arah mencapai Wawasan 2020.

Nadir bumi elemen utama dalam peralatan teknologi canggih termasuk pengubah pemangkin, turbin angin, bateri kereta hibrid, pemacu cakera, telefon mudah alih dan paparan skrin rata.

Justeru, perniagaan sebenarnya mempunyai potensi besar untuk menjadi satu wadah bagi mewujudkan rantaian nilai masa depan bagi membina kluster industri bernilai tambah di negara ini.

Kenapa Malaysia? Jawabannya mudah.

Lynas sudah membuat pilihan mengkaji tapak di Australia dan juga tempat lain seperti China tetapi mereka memilih Malaysia kerana infrastrukturnya sudah lengkap dibangunkan dan peraturannya jelas.

Standard Malaysia dikenali sebagai paling ketat di dunia yang memerlukan satu lesen bagi sebarang bahan yang mempunyai sebarang paras radiasi.

Syarikat itu juga memilih untuk datang ke Malaysia walau pun mengetahui reaksi komunitinya terhadap insiden Asian Rare Earth (ARE) Bukit Merah pada awal 1990-an.

Syarikat itu sebelum ini menekankan bahan mentah yang akan diperolehnya dari Mount Weld di Australia tidak sama berbanding diproses di Bukit Merah.

Amang yang diproses di Bukit Merah mengandungi paras tinggi thorium, yang menjadi sumber radiasi, manakala Lynas menggunakan bahan mentah lazimnya mempunyai paras thorium yang rendah, iaitu 50 kali lebih rendah dari amang yang digunakan ARE – jadi apa nak ditakutkan?

Tak payah fikir jauhlah, kalau projek ini berbahaya, jangan kata rakyat biasa, Menteri Besar Pahang termasuk Sultan Pahang pun akan menerima kesannya.

Takkan Tuanku Sultan dan MB sanggup dedahkan diri mereka dalam bahaya pula?



0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...