Searching...
Saturday 14 April 2012
11:02 0

Ranjau menanti Chelsea

LAMPARD (kiri) yakin Chelsea mampu melakar kejutan ke atas Barcelona pada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara.


LONDON – Perancang Chelsea, Frank Lampard mengakui, skuad The Blues akan mengharungi pertarungan ‘hidup atau mati’ apabila berdepan Barcelona pada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara.
Chelsea akan menanti kunjungan penyandang juara itu di Stamford Bridge awal pagi Khamis depan bagi aksi separuh akhir pertama.
Seandainya mereka mampu menangani ancaman peledak berbisa Barcelona, Lionel Messi dan rakan-rakan sepasukannya, Chelsea mungkin akan bertemu Real Madrid yang diramal tidak menghadapi masalah mara ke pentas final bulan depan.
Bagaimanapun, Lampard sedar tugas mereka untuk layak ke aksi final Liga Juara-Juara di Stadium Allianz Arena, Munich itu bukannya mudah.
“Kami berdepan satu perjuangan yang penting tidak lama lagi kerana kami akan bermain menentang pasukan terbaik di dunia.
“Namun, saya percaya dengan barisan pemain yang kami miliki dan aksi yang ditunjukkan baru-baru ini, kami mempunyai kekuatan untuk melakukannya,” kata Lampard.
Terdahulu, impian Chelsea dalam kempen Liga Juara-Juara dilihat hampir berkubur setelah tumpas 1-3 kepada Napoli pada aksi pertama pusingan kalah mati.
Bagaimanapun, The Blues berjaya bangkit untuk menang 4-1 di Stamford Bridge, sekali gus mara ke suku akhir sebelum menyingkirkan Benfica dalam perebutan slot ke separuh akhir.
“Kami sedar kami perlu meningkatkan tahap permainan kami apabila turun berdepan Barcelona dan Messi,” kata Lampard.
“Napoli telah menewaskan kami dan prestasi kami dalam liga juga tidak begitu bagus tetapi kami mula mendapat semula rentak kejayaan, jadi mengapa tidak boleh kami kalahkan Barca?” – Agensi

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...